Pageviews

08 Julai 2020

Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa


Hampir sahaja kehilangan arah, Alhamdulillah dikurniakan kekuatan untuk melakarkan sesuatu di blog ini setelah beberapa tersepi tanpa sengaja.  Kekuatan ini datang setelah adanya masa senggang yang secebis untuk berkongsi rasa dengan pembaca blog ini.

Kehidupan yang penuh ranjau ini, kita tidak terkecuali berdepan dengan halangan serta masalah yang kadangkala boleh melemahkan keyakinan dan kesungguhan. Kita rasa hilang punca, kita rasa kosong serta pedoman hidup lebih-lebih lagi bila saat kehilangan pekerjaan.


Ucapan ketika sedih
Ucapan ketika sedih


Sering kali juga kita dinasihatkan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti berdepan dengan bos, proses temu duga atau apa sahaja yang berkaitan dengan pekerjaan, moleklah kiranya kita memohon doa agar dipermudahkan segala urusan yang dikehendaki. 

Kita digalakkan meminta apa sahaja kepada Allah dengan bahasa yang mudah. Walaubagaimanapun kita perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang sesuai memenuhi kehendak hajat.


Serangkai Doa Nabi Musa Untuk Kebaikan Pekerjaan Dan Jodoh

"Rabbi, inni lima anzalta ilayya min khairin faqir."

Ertinya:
“Ya Tuhanku, sungguh aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Doa ini sangat ringkas tetapi padat dan mendalam maknanya.
Amalkanlah membaca doa ini sebanyak mungkin.
Yang menarik lagi, doa ini tidak tertumpu kepada rezeki semata-mata, 
ia juga untuk individu dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.


Mari kita sama-sama amalkan Doa Nabi Musa ini.. Surah Al-Qisas (Ayat 24), 
walau pendek namun memiliki manfaat yang sangat besar. 
Sesungguhnya Allah adalah tempat kita semua bergantung. 


Mengapa perlu meminta-minta kepada manusia 
sedangkan kita ada Allah Yang Maha Berkuasa sebagai tempat mengadu. 
Berdoalah dengan penuh perhatian, tawakal dan yakin kepada Allah.


Selamat Beramal!


Dan satu lagi dengarlah berkali-kali wahai sahabat..

Pasti hati yang selama ini keras akan mengalir air Mata 
akhirnya bilamana ia sedar siapa diri yang sebenar...

Itulah diri kita yang penuh kefakiran..
TIADA APA-APA.


Terima kasih krana sudi membaca entri Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa.

💝

2 ulasan:

  1. Kadang rasa tak mampu nak tempuh pelbagai dugaan. Tapi dengan doa dan pertolongan Allah kita mampu terus kuat.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.