Assalamualaikum dan selamat sejahtera
SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !
Pengenalan
Hari ini, setelah hampir ke penghujung segmen, baru berkesempatan nak buat entri. Bukan apa entri kali agak penting untuk mendedahkan apa peranan saya sebagai blogger untuk semua yang berada di keliling saya.
Betul tu... setelah dua tiga hari kebocoran idea dan masa untuk update blog... maka sempatkan juga untuk menampal kebocoran entri pada tengahari ini supaya tidak ketinggalan dalam segmen anjuran blogger Ben Ashaari. Entahlah kalau Ben Ashaari kenal saya atau tidak. Yang pastinya memang Ben tidak kenal saya, kalau kenal pun tak pernah jumpa... ehh melalut pulak.
Dah... kembali kepada tujuan asal penulisan segmen ini.
Peranan saya sebagai seorang blogger
Bagi saya, tujuan asal menghasilkan blog lebih kepada untuk menghasilkan penulisan sendiri dan untuk rujukan pada masa akan datang. Penulisan itu seharusnya yang positif dan tidak menyentuh kepada isu-isu yang boleh menyakitkan hati pembaca atau menyusahkan diri saya sendiri. Walaupun saya menulis untuk dibaca dan sebagai peringatan buat diri sendiri tetapi saya harus mengambil kira hati dan perasaan orang yang membaca blog ini. Sekiranya terdapat isu yang dibangkitkan itu boleh menimbulkan kemarahan atau rasa tidak puas hati pembaca, saya akan simpan semula entri berkenaan sebagai draf. Lazimnya apabila ada komen mengenai entri berkenaan. Jika tiada komen yang berkaitan, saya beranggapan entri berkenaan tidak mendatangkan rasa tidak puas hati orang yang membaca.
Sebagai seorang blogger, walaupun kebanyakan entri saya adalah pendek dan ringkas berkaitan apa yang berlaku pada diri saya atau alam sekitar. Saya akan pastikan ianya boleh memberi sesuatu pengetahuan kepada orang yang membaca dan memberi pendedahan apa yang difikirkan oleh sesetengah orang seperti saya... yang sering dikatakan berfikiran 'kolot'.
Antara isu yang sering saya utarakan dalam entri adalah berkaitan dengan kehidupan seharian dalam pekerjaan, kejiranan, persahabatan dan kekeluargaan. Terdapat juga entri berkaitan dengan motivasi dan kata-kata semangat bertujuan untuk menguatkan semangat sendiri dan kadang-kadang berkaitan dengan apa yang berlaku di sekitar kehidupan pada satu-satu hari.
Saya lebih suka tekankan isu berkaitan semangat patriotisma tetapi saya rasa saya tidak cukup kuat untuk menghasilkan idea sebegini. Oleh itu saya perlu lebih banyak membaca berkaitan isu-isu kenegaraan dan hidup bernegara. Sudah agak lama sebenarnya meninggalkan bidang begini... tetapi masih tidak melupakan cara hidup dalam negara kita Malaysia yang tercinta.
Kadang-kadang saya lebih suka memerhati dan membuat kesimpulan sendiri berkaitan apa yang berlaku dan memikirkan apa terjadi disebalik setiap kejadian. Hal ini supaya tidak semua orang akan membuat tuduhan yang sama.
Jadi saya fikir kita perlu ada keseimbangan dalam menghasilkan penulisan supaya tidak dilihat sebagai berat sebelah.
Pendapatan dari Blog dan backup plan
Antara tujuan asal menulis blog juga untuk memperoleh pendapatan tambahan namun tidak pernah terfikir sehingga menjadi blogger jutawan. Dan.. tidak pernah terfikir juga untuk menjadi popular. Namun sekiranya apa yang diperolehi itu merupakan kekayaan dan populariti ianya merupakan satu bonus dan sudah pastinya sesuatu yang amat membanggakan.
Sehingga kini pendapatan yang saaya perolehi dari blog tidak seberapa sehingga boleh saya berhenti.
Jika difikirkan sekarang, sekiranya saya peroleh pendapatan yang cukup lumayan dari blog dan dapat menampung kehidupan tanpa mengusik pendapatan dari pekerjaan sedia ada... saya akan berhenti kerja sekarang dan menumpu sepenuh perhatian kepada keluarga dan blog.
Pendapatan yang diperolehi dari blog sudah pasti ada pasang surut dan tidak selamanya mewah kerana tiada jaminan bertulis bahawa pendapatan dari blog itu selamanya stabil. Untuk itu adalah baik pendapatan yang diperolehi itu dibuat tabungan untuk simpanan masa depan. Antaranya menyimpan dan melabur melalui saluran yang sah dan pastinya patuh pada sistem perbankan Islam.
Harapan seorang blogger
Sebagai seorang blogger, harapan tidaklah tinggi setinggi Gunung Kinabalu. Tetapi saya berharap penulisan saya kelak dapat dijadikan rujukan dan panduan pada masa depan.
Saya juga berharap dapat terus menghasilkan penulisan yang mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang yang membaca. Sedikit demi sedikit walaupun tidak banyak.
Kesimpulan
Aku seorang blogger. Kesempatan untuk menjadi blogger walaupun tidaklah popular atau kaya cukup memberi erti. Gunakan kesempatan sebagai seorang blogger sebaik-baiknya.
Selamat maju jaya!.
Assalamualaikum Yang Baik..
BalasPadamDatang melawat dari segmen sama.. Hehe.. Jemput singgah ke blog saya juga.. ^_~
SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !
Salam YB ..Lya singgah sini ..All The Best Ya
BalasPadamAssalamualaikum Yang Baik,
BalasPadammoga-moga semasa menulis entri YB dapat pertimbangkan yang baik atau sebaliknya... sama-samalah kita belajar menghasilkan paparan yang baik ye... salam kenal dari segmen ben ashaari.
singgah sini.
BalasPadambesar tanggungjawab blogger sbenarnya.
selamat maju jaya ye, saya juga tengah belajar untuk menjana pendapatan melalui blog ini. terima kasih atas sharing ni
BalasPadamSalam perkenalan, dengan menulis entri ini dapat tahu serba sedikit tentang blog awak.
BalasPadamhttp://www.lovehutladyvitamin.com
Datang memfollowkan diri
BalasPadamhttp://acikwatie.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Ros singgah sini dari segmen yang sama :)
BalasPadamhttp://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Dari segmen yg sama.
BalasPadamhttp://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Salam perkenalan..
BalasPadamSmg tercapai apa yg dhajati.
Gud luck.
Done follow..
Jemput ke sini:
tellingstory11.blogspot.com
Singgah sini menabung HP
BalasPadamWisely said :)
BalasPadam