Pageviews

13 Januari 2014

Jangan kata tidak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar dari akaun instagram yangbaik.  belum publish lagi ehhh


Kenapa jangan kata tidak?  ... dulu-dulu masa mula-mula masuk kerja, pernah dan selalu juga kawan baru (sebenarnya bos) akan kata "jangan kata tidak boleh" atau "jangan kata tidak tahu".  Mula tu bukan tak faham apa yang dimaksudkan tetapi tak faham mengapa 'bos' mesti kata macam tu... kat aye.  Tak suka sungguh... macam benci pun ada.



Sampai sekarang... dah lebih 20 puluh tahun di alam pekerjaan... kata-kata itu sebenanya masih tergiang-giang di telinga dan sesekali bermain di minda.  masih juga tidak faham.

Jadi apa kaitannya pula dengan gambar di atas?

Gambar di atas adalah gambar hiasan.  Ungkapan yang tertulis pada span berbentuk hati itu saban hari dilihat dan seolah-olah sudah sebati... sesekali kena sorok.  Sebab benda tu digunakan untuk 'exercise' tangan dengan cara genggam erat dan lepas kemudian genggam berulang kali.  Aktiviti itu memang aye suka lakukan terutama ketika geram sangat dengan macam-macam situasi dan kata-kata yang singgah atau ketika tangan ini terasa kaku kerana kesejukan.

Kini... kaitan antara tulisan yang tertera pada gambar di atas (Sedia Membantu Untuk Kecemerlangan Diri & Organisasi) dan tajuk entri pada kali ini seolah-olahnya sinonim dan saling berkaitan.

Dengan beberapa peristiwa yang berlaku pada awal tahun ini ... ia seperti memberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan kerjaya ini dengan sebaik-baiknya.

Walaupun beberapa ungkapan negatif sesekali terhasil akibat tajuk entri di atas... aye jadikan ia sebagai pedoman dan panduan serta ingatan.

Sesungguhnya tidak semua yang kita lakukan disukai oleh orang walaupun ia adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.

sekian.




suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com




$$

3 ulasan:

  1. nice entry.. jemput singgah sini http://arinacamaro.blogspot.com/

    salam perkenalan :)

    BalasPadam
  2. yae, betul tu. Inilah salah satu pesanan yang akan diingati sentiasa

    BalasPadam
  3. aah kan kak..asalkan ianya utk kebaiakan kita..biarlah apa org kata..nanti2 diorg akan faham jugak akhirnya..kata2 yg penuh motivasi 'don't say NO'

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.