Apa khabar semua?
Saya Irdina Huda. Hari ini 2 Disember 2013 genaplah usia saya 6 tahun.
Hari ini umi lewat keluarkan entri sempena ulang tahun kelahiran Dina kerana umi sibuk. Banyak kerja katanya. Tak sempat nak rancang majlis hari ulang tahun untuk Dina.
Tidak mengapa Dina amat memahaminya. Memang umi sentiasa sibuk.
Dina harap dapat makan kek untuk hari ulang tahun hari ini. Dapat makan kek durian pun tak apa atau dodol durian. Dina suka juga makan dodol.
Terima kasih kepada umi dan ayah di atas perhatian yang diberikan kepada Dina.
Selamat ulang tahun kelahiran ke-6 kepada Irdina Huda.
Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan dan rahmat dari Allah.
Semoga dimurahkan dengan rezeki yang halal lagi baik serta dikurniakan ilmu yang bermanfaat dan kekuatan jati diri.
suka duka pentas dunia
Selaamt.
BalasPadam