Pengikut Setia

02 Mac 2013

Beli kereta terpakai harus berani buat pilihan

As salam,

gambar hiasan

Dalam dunia serba maju dan moden sekarang dan bertambahan pula dengan pesatnya pembangunan automobil, maka amat pesat membangun jugalah kedai menjuaal kereta terpakai.

Boleh dikatakan merata-rata tempat kita akan berjumpa dengan usahawan gigih ini.  Ada sebahagiannya beroperasi di bawah pokok ketapang?, kawasan lapang dekat perumahan dan tidak kurang juga menumpang di pondok-pondok usang.  Paling bagus adalah usahawan cekal yang membuka booth perniagaan di premis bangunan kedai secara sah atau tanah lapang yang disewa.


Sesaja nak bercerita mengenai pengalaman membeli kereta terpakai... banyak kali.  Tapi maaf tulis cakap lah  aye memang tak pandai dalam membuat penilaian atau pemilihan kereta terpakai nie.  So...  meh sapa nak ambil peluang... boleh tipu... OOO  ini lah kerja nya suka ambil kesempatan.  Macam mana nak berkat kalau dok asyik menipu saja.

Tak pandai bukanlah bermakna tak tahu tapi citarasa tetap ada.  Sudah tentu lah sebagai pembeli kita mahukan kereta yang cantik, kemas, bersih dan bila 'start' enjinnya lancar tak sangkut-sangkut ataupun bunyi macam enjin motorbot.

Selalunya (macam banyak kali pulak eh eh) aye bila nak beli kereta terpakai, pertama sekali aye akan lihat nombor plat kereta rasa macam rasi ke tidak tak ada ong ka tidak (hehehe).  Bila tengok nombor tak berapa nak berkenan kereta cantik macam mana pun fikir dua tiga empat lima kali jugak.  Bukan apa yang nak bayar nyer duit kita kan bukan duit tokey kedai tu.

Kedua warna kereta, ada kesan calar atau tidak.  Tetapi kan biasanya tokey kereta tu mesti dah polish tak pun oter siap-siap mana yang patut.  Jangan silap yer walaupun hanya 'jauhari yang mengenal manikam' tetapi mata ini adan tangan ini turut berperanan dalam menilai kesan cat kereta... poyooo

Ron tidak bernombor

Ketiga, semasa atau sebelum enjin di'start' pastikan pekedai tu tidak menekan pedal minyak dahulu.  Untuk itu harus pergi dekat dan perhatikan dengan jelas bagaimana cara kereta itu di'start'.

Keempat, ikut naluri. Ambil masa untuk berfikir setelah pilihan dibuat, jangan terus rembat jer.  Ada masa balik rumah tu buatlah solat istikharah mohon petunjuk tak pun solat hajat lagi senang... biar hajat kita nak dapatkan kereta yang terbaik itu termakbul.

Cukup dulu lah empat tip dari aye yang bukan pakar dalam bidang automobil tetapi sekadar berkongsi pengetahuan, citarasa dan pengalaman serta perasan.

Sekian adanya.  Ada nak berkongsi pengalaman... silakan!


1 ulasan:

  1. tips terbaik!!hehe klu sy pun xpandai nak pilih.jenis suka main rembat aje tak pun soh abg yg pilihkan,senang..wahahah

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian