Bicara dalam duka lara atau sama juga dengan bicara bersama kedukaan. Di dalam sebuah majlis bicara, teringat sebuah kisah duka. Duka yang sementara saja sepatutnya tetapi telah dipanjangkan dengan perkara kecil yang remeh temeh. Perkara yang pada dasarnya tidak perlu diperbesarkan. Hanya kerana hati terluka angkara insan lain, luka hati itu dilontarkan pula kepada insan lain yang tidak mengerti apa-apa.
Mengapa tidak dilontarkan saja rasa duka dan lara itu kepada insan yang melukakan hati mu. Mengapa harus kami yang menerima natijahnya. Hanya kerana kami dalam satu gerombolan yang tidak sama taraf dengan mu.
Kami ini manusia biasa-biasa saja yang baru belajar untuk hidup luar biasa, baru berlajar berhadapan dengan cabaran. Jangan pula kerana nila setitik habis susu sebelanga dibuang terus ke danau hampa. Kami punya perasaan untuk hidup bahagia dengan cara kami sendiri. Andai cara kami ini tidak berada di jalan yang benar, tunjukkan lah jalan yang lurus itu... tidak mungkin kami mengetahui mana jalan yang benar andai kami tidak beri sinar jalan lurus itu. Biar apapun kami sudah sedaya upaya meneruskan hidup dengan cabaran yang amat luar dari jalan kami. Kami sudah berusaha, tetapi kami tidak tewas dengan mainan kata-kata mereka yang suka menyesatkan pendirian kami.
Kami punya pengalaman hidup yang tersendiri, biarpun cara kami ini memang kuno... namun kami yakin dengan peluang, bakat dan kemahiran yang ada kami bisa beroleh kejayaan. Berilah kami masa dan peluang. Andai ada cacat cela di mana-mana saja hasil kerja kami, maklumkan saja usah pendam kesilapan itu hingga akhirnya tersebar seantero maya persada ini mengenai kesalahan dan kesilapan kami. Siapa pun kami atau siapa pun kamu, ada masa kesilapan tetap berlaku. Namun kesilapan itu bukanlah alasan untuk melarikan diri dari amanah tugas yang telah dititipkan.
Biarkan duka lara itu berlalu pergi dan tersingkap di sebalik tabir penuh kesopanan. Usah diragui usaha orang lain mahupun usaha mu sendiri...
*.*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.