Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ini dah masuk hari kedua belas Ramadhan 1432 bersamaan juga 12 Ogos 2011. Agak serius sikit rasa dan perasaan ini apabila menulis tajuk di atas, tidak tahu nak pilih tajuk dan tidak tahu juga bagaimana tajuk ini dapat memberi impak kepada rakan-rakan muslimah di luar sana. Kerana tajuknya agak biasa-biasa, sedangkan sekarang zaman yang tajuknya mesti luar biasa barulah mendapat sambutan dan minat orang hendak membaca.
Tajuk ini dan cerita seterusnya ada kaitannya dengan apa yang aye baca dalam majalah Solusi, Isu no. 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal. Sudah lama dan sejak awal bulan lagi telah menerima (membeli sebenarnya) majalah ini dari Pn. Che Pauziah Md. Lazim, Kaunselor Kanan di UiTM (Perak). Sungguh aye terharu dan senang hati kerana mudah mendapatkan majalah ini dengan beliau kerana setiap keluaran pasti akan sampai ke muka pintu pejabat di Unit Luar Kampus dan InsyaAllah tanpa terlepas edisi berikutnya walaupun edisi yang lepas-lepas memang dah terlepas. Masih terngiang-ngiang di telinga ini kata-kata Pn. Che Pauziah "Baca! Jangan tak baca". Aye hanya mampu tersengih, kerana isu yang lepas belum habis baca lagi. Mana tidaknya dah sampai Isu yang baru, Isu lama tak habis baca. Tidakkah nanti Isu itu akan bertambah "banyak" untuk dihadhamkan?
Justeru itulah, pagi tadi selesai bersahur sementara menantikan masuk waktu Subuh, dicapai majalah Solusi Isu 34 yang terletak di atas meja kopi (coffee table), dibelek-belek majalah ini. Hm! mengeluh sendirian "Tak habis lagi membacanya". Semalam dan hari-hari yang lepas sekadar belek-belek tengok gambar dan baca tajuk dan begitulah selalunya sambil mencari kalau-kalau ada isu yang menarik perhatian untuk dibaca. Pelikkan? Mungkin itu juga yang dihadapi oleh Muslimah di luar sana, atau hanya aye seorang yang begitu. Terasa rendah diri sungguh.
Mohon izinkan aye senaraikan di sini isi kandungan Majalah Solusi Isu 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal. Antaranya:
- Tafsir: Memerhati Ciptaan, Mencintai Pencipta
- Hadis: Hebatnya Kurma
- Fitrah: Puasa Penyegar Huungan Suami dan Isteri
- Isu: Agar Ramadhan Berbuah Takwa
- Isu: Andanya Ini Ramadhan Terakhir
- Jalan Keluar: KPI Puasa Ditentukan Allah
- Cerna Minda: Puasa, Al-Quran dan Takwa
- Hai Anak: Besarkan Ramadhan Melalui Sahur
- Ulfah: Mukmin Pada Pagi Raya
- Mahmudah: Makin Akrab Dengan Al-Quran
Itulah sebahagian daripada pengisian dalam Majalah Solusi. Walaupun pada awalnya apa yang ingin diperkatakan dalam catatan ini adalah berlainan. Lalu diubah kepada pengenalan kepada Majalah Solusi.
Isu sebenar yang amat menarik perhatian aye adalah dari segmen Respon: Gelang Tangan Emas vs Doktor Muslimah. Akan aye kongsikan pengalaman berkaitan isu itu dalam catatan akan datang.
Sehingga itu, Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga puasa kita diterima Allah.
Sekian
*.*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.