Pengikut Setia

17 Januari 2011

Siapa kita untuk membenci orang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kehidupan kita seharian, memang tak pernah lepas dari perasaan benci.  Tak kiralah benci kerana geram, benci kerana marah, benci kerana rindu... (ada juga?) dan macam-macam perkara lagi yang menyebabkan kita benci kepada seseorang atau kepada sesuatu benda... sasaran tak mengira apa atau siapa.

Mengapa kita membenci?... Tak dapa juga aye pastikan... kadang hanya kerana perkara yang kecil sahaja atau kerana benda remeh temeh dan tak masuk dek akal... boleh jadi punca untuk membenci.

Siapalah kita untuk membenci... Benci kita tak ke mana, tidak juga boleh membawa kita ke jalan kekayaan atau jadi jutawan hartawan... malahan bisa menyebabkan kita jatuh sakit... sakit hati, sakit jantung dan macam2 sakit...


.

Serasanya... cukuplah benci itu sekadar saja... seketika cuma... lekas sedar diri... dan banyakkan istighfar... agar kita tidak tergolong dalam kaum yang dibenci oleh Rasulullah s.a.w.

sekadar renungan:...

Orang yang paling aku (Rasulullah) benci dan yang paling jauh majelisnya dari aku pada hari kiamat adalah orang yang banyak omong, yang membual dan bicara seenaknya, serta yang menyombongkan diri (angkuh).

(HR Ahmad)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian