Pageviews

15 Disember 2010

Nak interframe !!!??? (Pendapat dan contest)

Assalamualaikum dan salam 1Dunia (pulak),

buat entry ni sekadar nak tanya pendapat pembaca semua...itu pun kalau ada yang sudi bagi pendapat... kalau banyak pendapat yang aye terima dan jawapannya memuaskan hati... aye akan buat ... buat ape?  rasa-rasa nak buat kontest atau GA..

macam ni, suatu masa ketika di awal dan pertengahan blog ini ditubuhkan, aye pernah juga 2 atau 3 kali masukkan kisah keluarga dan juga gambor2 aye... kononnya nak interframe (betulke ejaan nih)... tak lama kemudian aye rasa segan pulak nak letak gambor keluarga atau gambor sendiri... cuma sesekali ada lah letak gambar anak (alif dan diena), sebab nak cerita tentang gelagat mereka berdua (tak lama lagi bertiga.. hehehe)

tapi perlu ke aye tanya pendapat orang lain untuk buat entry dalam blog sendiri... tak sesuai kan?

===> hmmm.... tak per lah kepada sesiapa yang sudi beri pendapat, aye tetap akan terima.  apa yang perlu pembaca lakukan adalah beri pendapat ... perlu atau tidak aye buat kisah keluarga dan kehidupan aye dan mengapa?  setiap pendapat hendaklah dibuat di ruang ulasan di catatan ini.

setiap pendapat yang bernas dan boleh diterima oleh akal aye serta diterima juga oleh 'penasihat' aye maka itulah pemenangnya... dan lain-lain syarat tertakluk kepada terma.

Hadiah?  ada.... akan dimaklumkan kemudian, yang pasti bagilah pendapat dulu.

8 ulasan:

  1. tak perlu malu kot letak gambo..hehe.. buat jer kontes utk naikkan kenalan..

    cerita kisah keluaga pun bgus ape..,sekurangnya leh buat kenangan2 bila2..kalo simpan dlm buku leh ilang..

    anak dah besar nanti leh bace luahan hati papa dia..

    sy pun baru lg..tue pendapat sy

    BalasPadam
  2. salam,

    Buatlah, asalkan berdasarkan kisah benar. Boleh je ditokok tambah serba sedikit untuk menimbulkan kesan yang lebih dramatik. Berlenggang lenggok meluahkan cerita dengan jujur, insyaAllah berjaya.


    ...jemput menyertai kontes di blog al lavendary - anda ditag....sila ke laman saya untuk butiran lanjut.

    BalasPadam
  3. saya sudah lama buat entri tentang diri dan juga keluarga sendiri.

    apa salahnya .. asalkan ia boleh memberi mesej positif kepada pembaca.

    setakat ini boleh diterima pembaca. belum ada lagi yang bantah.

    buatlah .. usah ragu-ragu !

    BalasPadam
  4. salam,
    kalau GA.. ramai ytang join sebab tak payah jenuh fikir.. selalunya hadiahnya pun simple2 jer..

    kalau contest.. ada juga yang suka macam contest gambar.. nak lebih daya penarik.. hadiahnya mesti gempaq..

    sekadar pandangan..

    BalasPadam
  5. to ujang,
    timasih jang... pendapatmu itu akan aye simpan...macam sama jer

    BalasPadam
  6. to cikgu RI,

    lama tak singgah, dah singgah tu siap bawa jemputan dan... rombongan pulak... aye dah jumpa pakcik lavender tu..hehehe

    BalasPadam
  7. to al-lavendari,

    tiada yang salah... cuma taknak lah menonjol sangat... opsss
    terima kasih juga

    BalasPadam
  8. to cikgu isza,

    contest atau GA... tengok dulu...mana pendapatnye?

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.