Pengikut Setia

30 September 2010

pujian dan celaan itu adakah milik kita selamanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita biasa mendengar orang memuji kita
Yakin dan percayakah dengan pujian itu
sedangkan kita tidak tidak layak untuk dipuji

kerana pujian itu juga
haruskan kita rasa bangga
sedangkan bukan kita sahaja yang layak

mengapa memuji jika tidak ikhlas
mengapa terima pujian jika tidak layak

dalam pada itu
sanggupkah kita terima celaan
andainya memang itu yang layak untuk kita

mengapa kita dicela
walaupun untuk sedikit kesilapan
mestikah kita terimanya dengan hati yang terbuka
atau lontarkan ke langit
atau lontarkan ke bulan dan bintang
atau lontarkan saja ke hutan belantara
atau lontarkan ia ke laut, gunung, bukit atau lurah (dendam)
atau lontarkan saja ke sejadah...

ingatan untuk diri yang sering alpa
pujian hanyalah untuk Ilahi
walaupun kita rasa kita layak untuk dipuji
namun ada ketikanya kita turut bersalah
kerana kita hanyalah hambaNya yang lemah
namun bukan bermakna kesalahan itu harus dicela atau dikutuk
sebaliknya kita harus terima teguran untuk perbaiki kesilapan dan kesalahan

~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika seseorang memujimu dengan sesuatu yang tidak ada pada dirimu, maka janganlah kamu merasa aman dari celaan seseorang terhadapmu atas sesuatu yang tidak ada pada dirimu.



(Wahb bin Munabbih)
~~~~~~~~~~~~~~

8 ulasan:

  1. menarik untuk dikongsikan bersama.....

    terima kasih kerana perkongsian

    BalasPadam
  2. to cikgu Jinggo,
    terima kasih kembali...

    BalasPadam
  3. seorang shabat nabi pernah berkata...pujian itu sprti membunuh rakan sndiri...

    BalasPadam
  4. to wavex,
    tu yang takut nak terima pujian tu... silap2 menikam diri sendiri
    mana taknya dok termakan pujian jer sampai lupa diri pulak
    tq

    BalasPadam
  5. menarik utk dikongsi bersama thnkz! :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian