FOLLOWER

28 September 2010

Perbualan ringkas di sebuah rumah di Jertih Terengganu: Melalui perjalanan jauh yang panjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

suatu pagi terima panggilan bukan kecemasan
tetapi macam kecemasan
bergegas siapkan apa yang patut dan apa yang sempat dicapai tangan
anak-anak?... dah bersediakah untuk satu perjalanan yang jauh
hampir 5 tahun ummi tak kesana
nenek di sana sering bertanya bila nak jumpa cicitnya dari Perak
maaf lah nek... cucu mu dan cicit mu ini ... hampir terlupa
namun wajahmu sering bermain di mata

eh... nak pergi ni... duit minyak dan belanja cukup ker?
cukup!!!... InsyaAllah

hujan atas bukit
terasa seperti langit atas kepala
lebatnya hujan seakan dicurah-curah dari hos bomba
macam dalam drama atau filem atau hujan buatan...
elehhh... mana datangnya hujan buatan kalau tiada hujan asli
sudahlah... hati-hati ketika memandu..
biarpun lewat malam ... mata tidak juga mengantuk
menemani abang sebelah yang kepenatan memandu di malam gelap dalam hujan yang lebat berserta kabus tebal atas bukit atau lebih tepat Banjaran Titiwangsa

anak-anakku di sini bukitnya tinggi
walaupun bukit ada sungai dan tasik juga
anak-anak...nanti jatuh naik bukit tinggi
eh ehe... asal tinggi jer mesti jatuh ker?
idak...

Rumah contoh.... bukan seperti dalam cerita
di sebuah rumah
bukan satu jer rumah yang disinggah... banyak... tapi nak cerita sebuah jer
Muda lagi mak awak yer
taklah biasa jer
mak saya nampak muda?... atau saya yang nampak tua..
huhuhuu...
tak lah mak awet muda... saya ni... tumpang muda mak jer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.