Pageviews

11 Mac 2021

Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera |  Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6.

Lagi lagi join giveaway. 
Akak suka join giveaway nie, selain dari support kepada rakan blogger dapat juga tambah kenalan blogger baru.  

Kali ini akak join Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6.  Mudah jer nak join giveaway nie.


Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6

Yang penting klik banner atas nie dan follow jer syarat yang simple.

Giveaway ini dijangka tamat pda 20 Mac 2021.

Jom support rakan blogger.  Terima kasih.



Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera |  Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah


Akak join giveaway ni pula.  Giveaway pertama katanya, bersempena dengan pembukaan blog baru. 

Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah

Jom la korang join sama.  Klik banner di atas untuk join.
Mana tau rezeki, boleh dapat Mouthgasm crunchy.

Tarikh tutup penyertaan 31 Mac 2021.

Terima kasih.

Israk Mikraj Perjalanan Agung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera |  Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.   Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.  [Surat Al-Isra' 1]


Pengajaran dari ayat di atas:
1. Allah sendiri yang memperjalankan hambaNya di malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang diberkati sekelilingnya.
2. Tujuan Israk dan Mikraj adalah untuk Allah perlihatkan pada hambaNya tanda-tanda kekuasaanNya.
3. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 


Peristiwa Israk Mikraj


Israk dan Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah kiasan proses perjalanan menjadi hamba Allah yang benar (ubudiyah).  Seorang yang hendak menuju Allah (menjadi hamba Nya yang benar) wajib melalui israk dan mikraj dalam hidupnya.

Israk ialah proses menyuci nafsu dari ammarah, lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan seterusnya mencapai makam nafsu kamilah.

Proses penyucian ini memerlukan Jibrail dan Buraq; iaitu pembimbing dan amal soleh. Penyucian mesti meliputi jasmani ( syariat ) dan rohani ( hakikat) sebagaimana RasuluLLah s.a.w diisrak dan mikrajkan dengan roh dan jasad menurut pendapat yang paling muktamad di sisi ulama'.

Sebagaimana perjalanan Israk dan mikraj bermula di Masjidil Haram maka begitu juga perjalanan rohani bermula dengan diri jasmani yang mana kiblatnya ialah hati. Diri jasmani perlu menyuci dari dosa-dosa zahir dengan taubat nasuha. Begitu juga dengan hati, wajib disucikan sifat-sifat hati yang tercela seperti ujub, riya', takbur, hasad dan selainnya.

Sebelum diperjalankan oleh Allah, Nabi didatangi Jibrail dan beberapa malaikat lalu dibelah dada dan disucikan serta diisi dengan nur dan hikmah. Justeru seorang salik yang ingin menuju Allah juga wajib "membelah dadanya" dengan melucutkan segala pakaian kebesarannya di hadapan murabbinya untuk diisi dengan nur dan hikmah tersebut.

Semoga bermanfaat. 
#nasihatkehidupan