Pageviews

18 Jun 2018

Fikir yang baik-baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Fikir yang baik-baik


Salam Syawal 1439.  Sungguh benar, tidak banyak yang dapat diupdate mengenai peristiwa Syawal kami sekeluarga.  Bukan kerana kesilapan tetapi biarkan itu semua tersimpan dalam lipatan sejarah hidup keluarga kami.  Bukan kerana kesedihan tetapi keletihan kerana proses pindah ke rumah baru yang hingga ke hari ini masih belum selesai.  Masih banyak yang perlu dilakukan.

Biar apa pun yang berlaku sepanjang proses perpindahan ini semua itu ada hikmahNya dan suratan yang tersendiri.  Kerana sebahagiannya dari proses itu adalah atas pilihan kami sekeluarga dan yang penting itu semua adalah ketentuan dariNya.


Fikirkan yang baik-baik

Selalulah berfikir yang baik-baik, berbicara yang baik-baik, berdoa yang baik-baik, moga-moga yang datang pada kita juga yang terbaik.

❤️ Jadikanlah yang Lembut itu CAHAYA
❤️ Jadikanlah yang Tipis itu BENCI
❤️ Jadikanlah yang Tebal itu IMAN
❤️ Jadikanlah yang Tajam itu AKAL
❤️ Jadikanlah yang Baik itu SIFAT
❤️ Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN 

Fikirkan kekuatan semangat yang kita ada maka semangat itu akan sentiasa ada.  Biarpun ketika letih atau berduka tetapi kekuatan semangat itu mengatasi segalanya.

Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini, Fikir yang baik-baik.

13 Jun 2018

Segment : Awesome Blogger by Shahirah Lee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segment : Awesome Blogger  by Shahirah Lee


Wow... inilah segmen pertama dari blog SZI setelah menyepi hampir 5 bulan.  Terasa sungguh awesome bila blogwalking terjumpa segmen ini seumpama yang orang mengantuk disorong bantal. Hahaha... memang mengantuk pun 😊😊

Agaknya apa lah istimewa sangat dengan segmen ni ekk..  Jom klik banner di bawah untuk detail segmen


Segment : Awesome Blogger  by Shahirah Lee

💬

💭

💨

💢

Okey. belum klik banner ehh. 😄😄😄

Segmen ini dijangka tamat pada 17 Jun 2018.  So... cepat-cepat klik banner di atas dan ikutlah aturannya yang sangat mudah.



Terima kasih kepada semua yang sudi singgah baca dan komen entri ini, Segment : Awesome Blogger  by Shahirah Lee

szi💖

Muncul semula setelah hampir 5 bulan menyepi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Muncul semula setelah hampir 5 bulan menyepi


Setelah hampir 5 bulan menyepi dari dunia blogging.  Hingga hampir terlupa apa yang harus dilakukan dan dari mana hendak dimulakan semula.  Lantas blogger ini cekal untuk kembali semula dengan nafas design dan warna baru.  Walaupun masih kekal dengan imej blog percuma tetapi blogger ini puas kerana blog yang disayanginya itu masih lagi ada peminatnya yang tersendiri.
Terima kasih kepada semua yang masih tidak jemu-jemu singgah dan membekal trafik ke blog ini.  



Semoga dengan kemunculan semula blog ini dapat menjadikan inspirasi berterusan kepada pemiliknya untuk terus berkarya dan seterusnya bersama-sama melakar kanvas blog di persada maya.

Terima kasih atas kesudian singgah baca dan komen entri ini MUNCUL SEMULA SETELAH HAMPIR 5 BULAN MENYEPI


szi💖