Kerana kerja tak pernah habis
Kerana kerja tak pernah habis. Sejurus kita tandatangan setuju terima kerja dan lapor diri di depan bos, di situ bermulanya kerja kita secara rasmi. Atas apa jua alasan kita sudahpun terikat dengan segala peraturan dan perjanjian kerja.
Namun, ada masa dan ketika kita perlukan masa untuk diri kita sendiri. Melarikan diri dari kesibukan kerja bukan satu alasan yang baik. Kerana bila kita melarikan diri (dengan sengaja) ketika orang lain (rakan sepejabat) sedang bergelumang dengan segala jenis persiapan dokumen kita sebenarnya dengan sengaja dengan menempah kebencian. Betul tidak baik benci membenci tetapi dengan helah bermadah yang tiada asas menjadikan ornag lain muak dengan sikap kita. Boleh saja kita biarkan saja apa orang kata, tetapi... hebatkah kita sampai bila bila?
Fikir-fikirkan.
💞