Pengikut Setia

30 Ogos 2017

Wordless Wednesday | Quotes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday | Quotes




Thanks

szi😓

Renungan Pagi Rabu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Renungan Pagi Rabu





Ya Allah
Berilah khabar gembira di pagi ini
Permudahkanlah segala urusan kami
Bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki buat kami
dan jadikanlah pagi ini pagi yang penuh dengan ketenangan.

Aamiin.

Terima kasih atas perhatian kepada entri ini, Renungan Pagi Rabu

szi😊

Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat


Barangkali telah menjadi perbahasan dan isu utama kepada kita semua berkenaan Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat.  Seperti tahun lepas, tahun ini sekali lagi Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat.  Justeru timbul pelbagai persoalan mengenai solat sunat hari raya Aidil Adha, Solat Jumaat dan Solat Zuhur.


Gambar hiasan.  Milik peribadi


Berikut adalah petikan persoalan dan jawapan oleh majlis fatwa saudi yang dipinjam dari Channel Telegram Dr Zaharuddin Group, [27.08.17 08:30]

Soalan:


Banyak timbul persoalan apabila jatuh hari raya pada hari jumaat yang menyebabkan berhimpun 2 hari raya, Iedil Fitri atau Iedil Adha bersama hari Jumaat yang merupakan hari raya dalam seminggu, apakah wajib solat Jumaat ke atas sesiapa yang hadir menunaikan solat hari raya. Apakah memadai solat hari raya dan seseorang hanya perlu menunaikan solat Zohor sebagai ganti solat Jumaat? Dan apakah dilaungkan azan atau tidak untuk menunaikan solat Zohor di masjid?


Jawapan 


Dalam masalah ini terdapat beberapa hadis yang marfu' dan athar yang mauquf, antaranya:

1) Hadis Zaid bin Arqam RA bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan RA pernah bertanya kepada beliau: "Apakah kamu pernah bersama Rasulullah menyambut dua hari raya (raya fitri atau Adha bersama hari Jumaat) yang berhimpun pada hari yang sama."
Beliau menjawab: "Ya, pernah." 
Mu'awiyah bertanya lagi: "bagaimana yg baginda lakukan?" 
Jawab beliau: "Baginda solat hari raya dan baginda memberi kelonggaran pada solat Jumaat. Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu solat (Jumaat), maka lakukanlah." 
Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Nasa'ie, Ibn Majah, al-Darimi dan al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Beliau berkata: "Hadis ini Sahih al-Isnad, dan Imam al-Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya. Hadis ini juga terdspat sokongan dari riwayat lain yang memenuhi syarat Muslim. Penilaian al-Hakim ini dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata: "Isnadnya jayyid."

2) Sokongan (شاهد) yang dinyatakan adalah hadis Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesunguhnya telah berhimpun pada hari ini dua hari raya, maka sesiapa yang mahu, telah memadai baginya dari solat Jumaat, adapun kami akan melaksanakan Jumaat." Riwayat al-Hakim seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud, Ibn Majah, Ibn al-Jarud, al-Baihaqi dan selain mereka.

3) Hadis Ibn 'Umar RA yg berkata: "Pernah berhimpun dua hari raya (hari raya Fitri atau Adha dan hari Jumaat) di zaman Rasulullah SAW. Nabi SAW menunaikan solat hari raya bersama orang ramai, setelah itu baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu hadir menunaikan solat jumaat, maka hadirlah, sesiapa yang tidak mahu hadir maka tidak mengapa." Riwayat Ibn Majah.
Al-Tabarani meriwayatkan di dalam al-Mu'jam al-Kabir dengan lafaz: "Pernah berhimpun dua hari raya di zaman Rasulullah SAW, hari raya fitri dan hati Jumaat. Rasulullah menunaikan solat hari raya bersama orang ramai, kemudian baginda menghadap wajah ke arah mereka seraya berkata: "Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kamu semua telah memperolehi kebaikan dan pahala yang banyak. Adapun kami akan melaksanakan Jumaat. Sesiapa yang hendak melaksanakan jumaat bersama kami, maka lakukanlah, sesiapa yang hendak pulang, maka pulanglah."

4) Hadis Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "telah berhimpun dua hari raya pada hari ini. Sesiapa yang menghendaki, sudah memadai jumaat darinya. Adapun kami insyaallah akan melaksanakan jumaat." Riwayat Ibn Majah.
Kata al-Busiri: "Isnadnya Sahih dan para perawinya thiqat."

5) Mursal Zakwan bin Soleh katanya: "pernah bertembung dua hari raya di zaman Rasulullah SAW. Hari jumaat dan hari raya, baginda menunaikan solat, setelah itu bangun lalu berkhutbah kepada orang ramai, baginda bersabda: "Sesungguhnya kamu semua telah memperolehi zikir dan kebaikan yang banyak. Adapun kami akan melaksanakan jumaat. Sesiapa yang mahu tetap di rumahnya (tidak mahu melaksanakan jumaat), maka tetaplah di rumah. Sesiapa yang mahu melaksanakan jumaat maka lakukanlah." (Riwayat al-Baihaqi di dalam al-Sunan al'Kubra).

6) Daripada 'Ato' bin Abi Rabah katanya: "Ibn al-Zubair pernah solat hari raya bersama kami pada pagi hari jumaat. Setelah itu (apabila masuk waktu jumaat) kami keluar untuk menunaikan solat jumaat, tetapi beliau tidak keluar kepada kami (untuk solat Jumaat). Maka kami pun solat bersendirian. Ketika itu Ibn Abbas berada di Taif. Ketikamana beliau sampai kepada kami, kami nyatakan hal itu kepadanya. Beliau berkata: "Hal itu menetapi sunnah." Riwayat Abu Daud.
Ibn Khuzaimah meriwayatkannya dengan lafaz lain yang terdapat tambahan di akhirnya, kata Ibn al-Zubair: "Aku pernah melihat Umar bin al-Khattab apabila bertembung dua hari raya, beliau melakukan seumpama ini."

7) Di dalam Sahih al-Bukhari RH dan Muwattha' al-Imam Malik RH daripada Abi Ubaid Maula Ibn Azhar, kata Abu 'Ubaid: "Aku pernah menyaksikan dua hari raya bersama Uthman bin Affan RA, ketika itu hari Jumaat. Beliau menunaikan solat (hari raya) sebelum berkhutbah, setelah itu berkhutbah. Beliau berkata: "Wahai sekelian manusia, sesungguhnya pada hari ini telah berhimpun pada kamu semua dua hari raya. Sesiapa yang mahu menunggu jumaat dari kalangan orang-pendalaman maka tunggulah. Sesiapa yang pulang maka telah aku izinkan kepadanya."

8) Daripada Ali bin Abi Tolib RA, ketikamana bertempung dua hari raya (raya fitri atau adha dengan hari jumaat) pada hari yang sama, beliau pernah berkata: "Sesiapa yang mahu menunaikan jumaat, maka tunaikanlah. Sesiapa yang mahu tetap di rumah (sepwrti yang dinuatakan oleh Sufyan), maka lakukanlah." Riwayat Abd al-Razzaq di dalam al-Musannaf dan Ibn Abi Syaibah dengan riwayat yang seumpamanya.

Berdasarkan hadis-hadis marfu' kepada Nabi SAW ini, demikian juga athar-athar mauquf dari beberapa sahabat RA, juga berdasarkan perakuan majoriti ulama tentang kefahaman dari riwayat-riwayat ini, di bawah ini adalah penjelasan hukum dari Jawatankuasa Lujnah al-Daimah:

1) Sesiapa yang telah hadir untuk solat hari raya, diberi keringanan untuk dia tidak hadir solat Jumaat, dia solat Zohor pada waktu Zohor. Jika dia mengamalkan azimah dengan tetap hadir juga solat jumaat, maka itulah yang lebih utama (Afdjal)

2) Sesiapa yang tidak hadir solat hari raya, dia tidak termasuk dalam kalangan yang diberi keringanan tidak hadjr jumaat. Oleh itu tidak gugur kewajipan jumaat darinya, wajib dia hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Jika tidak mendapati jumlah jemaah yang membolehkan solat jumaat, maka ditunaikan solat Zohor.

3) Wajib ke atas imam masjid melaksanakan Jumaat pada hari tersebut, agar boleh disertai oleh sesiapa yang hendak menyertainya atau mereka yang tidak sertai solat hari raya, jika bilangan mencukupi untuk solat jumaat. Jika bilangan tidak mencukupi ditunaikan solat zohor.

4) Sesiapa yang telah hadir solat hari raya dan mengambil keringanan untuk tidak hadir solat jumaat, hendaklah menunaikan solat zohor apabila masuk waktu zohor.

5) Tidak disyariatkan pada waktu ini azan melainkan di masjid-masjid yang didirikan padanya solat jumaat. Tidak disyariatkan juga azan jika hendak ditunaikan solat zohor pada hari tersebut.

6) pandangan yang mengatakan sesiapa yang hadir solat hari raya, gugur darinya solat jumaat dan solat zohor untuk hari tersebut adalah pandangan yang tidak benar. Kerana itu para ulama meninggalkan pandangan ini dan menghukumnya sebagai salah dan ganjil kerana menyelisihi sunnah dan ia menggugurkan salah-satu kefardhuan dari Allah tanpa dalil. Barangkali tidak sampai kepada mereka al-Sunan dan al-Athar dalam masalah ini yang memberi keringanan kepada sesiapa yang telah hadir solat hari raya untuk tidak hadir solat jumaat, dan wajib solat zohor.


Salam Aidil Adha.  Sumber gambar

Semoga mendapat manfaat dari keterangan yang tertera di atas.  Keterangan di atas memang sengaja tidak diedit bagi mendapatkan lebih kefahaman selain daripada tidak memberikan maksud yang berbeza dari yang dimaksudkan oleh penulis asal.

Semoga ibadah kita mendapat ganjaran setimpal dan diberkati.  Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat

szi 💚💚💚

Carian