Mencari kelainan biar berpada
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Mencari kelainan biar berpada dan biar pada tempatnya. Sentiasa berada di tahap yang sama akan membuatkan kita jemu. Biarpun kita sudah selesa dengan keadaan semasa tetapi sesekali kita perlukan perubahan dan kelainan. Dan, kelainan serta perubahan itu biarlah berpada dan kena pada tempatnya. Bak kata pepatah "Ukur baju di badan sendiri".
Sesuatu perubahan itu yang akan membawa sedikit kelainan akan memberikan motivasi kepada kita untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Contohnya dapatkan payung yang unik sikit dari orang lain seperti warna yang berbeza. Kan... jangan kata akak tak payung :P
Bestkan dapat celoteh pepagi nie... entah siapa lah yang sudi membacanye. Janji akak dah taip apa yang terbuku di hati. Okey!
Terima kasih sudi baca entri ini Mencari kelainan biar berpada.