Pengikut Setia

16 April 2016

3 keadaan diri dalam perhatian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



3 keadaan diri dalam perhatian


Siapa yang tahu keadaan diri kita?  3 keadaan diri kita termasuk amalan, perbualan dan pergerakan. Tiada siapa yang tahu dengan jelas melainkan kita sendiri yang menjelaskan kepada orang.

Orang luar hanya melihat mengikut pandangan mata kasar mereka.  Apa yang mereka nampak itulah keadaan diri kita.  Ada yang sekali tengok dah boleh tafsirkan macam-macam tentang diri kita. Seolahnya apa yang ada dalam diri kita itu terpapar pada zahir.

Orang boleh kata "apa yang dilihat itulah gambaran diri kita".   Mungkin ada benarnya, keadaan kita yang kusut masai dan berserabut boleh digambarkan sebagai keadaan kita yang tidak terurus.  Namun itu serkap jarang.  Kadang-kadang orang yang nampak segak dan kemas juga ada masalah dengan dirinya sendiri tetapi tidak dipaparkan.




Kita tahu keadaan diri sendiri

Kita tahu keadaan diri kita sendiri berdasarkan apa yang kita rasa, kita fikir dan kita buat.

Perhatikanlah diri Anda dalam tiga keadaan. (1) Jika Anda beramal, maka ingatlah pandangan Allah kepadamu, (2) jika Anda berbicara, maka perhatikanlah pendengaran Allah atas ucapanmu dan (3) jika Anda diam, maka perhatikanlah pengetahuan Allah tentang dirimu. (Hatim al-Asham)

Semua pergerakan kita seperti amalan, perbualan dan pergerakan kita hanya Allah yang tahu.  Kita hanya bertindak berdasarkan apa yang telah ditentukan.  Tetapi dalam masa yang sama kita dikurniakan akal untuk berfikir apakah amalan, perbualan dan pergerakan kita itu mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada diri kita.


Fikir-fikirkan 3 keadaan diri dalam perhatian itu mampu membantu kita untuk menjadi insan yang terbaik atau sebaliknya.

15 April 2016

Baju Kurung Untuk Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baju Kurung Untuk Hari Raya


Biarlah orang nak kata apa.  Bukan tak hormat orang, tetapi apa yang kita buat ada sebab kita sendiri, tidak kacau periuk nasi orang.  Baju kurung untuk hari raya.  Puasa pun belum, silap-silap puasa tahun lepas pun belum berganti lagi.  Promosi awal sebagai persiapan awal, supaya bila tiba masanya kita tidaklah tergopoh gapah sehingga terabai amalan sunat dan wajib pada bulan puasa atau pada hari raya.

Okeylah YB bukanlah pakar sangat dalam buat ayat-ayat promosi atau ayat-ayat pemasaran, tetapi adalah belajar sikit-sikit secara tidak rasmi.

Bukanlah nak kata sekarang, tetapi boleh dikatakan promosi baju kurung baru berlaku sepanjang masa.  Kerana baju kurung kita pakai setiap hari sama ada untuk bekerja, untuk majlis-majlis sosial seperti kenduri kahwin, makan malam dan sebagainya.  Jadi bersempena dengan hari raya yang bakal tiba maka kita tambahlah lah sikit ayat-ayat yang berkaitan dengan hari raya... kan.


Kurung Moden Medina Prada


Berikut adalah antara koleksi baju kurung yang sesuai dipakai pada hari raya yang bakal tiba.


Kurung Medina Prada M003
Kurung Medina Prada M003
Stok:  Saiz M 


Kurung Medina Prada M005
Kurung Medina Prada M005
Stok:  Saiz S, M, L



Ukuran Kurung Media Prada
Ukuran Kurung Medina Prada.


Macam mana?  Minat tak dengan Baju Kurung Moden Medina Prada?  Bolehlah dapat sepasang untuk diri sendiri atau untuk mak mertua.  Bagi suami pula dapatkan sepasang untuk isteri tercinta, bertambah-tambah cinta di mata dan di hati. :P

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai lain-lain koleksi istimewa untuk baju hari raya klik SINI.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk dapatkan Baju Kurung Untuk Hari Raya.




GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK


Hasrat hati nak tambah koleksi novel.  Agak lama juga YB tidak beli atau baca novel, mungkin lebih dari setahun atau lebih kurang dalam tempoh setahun.  Biasanya novel pilihan YB adalah berkisar mengenai kehidupan dan kekuatan jati diri.  Jarang sangat YB baca novel cinta.  Pernah juga satu masa dulu beli novel cinta, tapi rasa tak puas bacanya sebab jiwa cintan cintun sudah lama berakhir. Bukanlah kerana sekarang tidak bercinta, bercinta juga dengan encik suami dan anak-anak.  Tetapi cinta dalam novel nie... kadang-kadang menyesakkan nafas.

Sudah... dah jadi review kisah cinta pula.  Sebenarnya ini adalah entri penyertaan YB untuk GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK.  Bila dah join giveaway ini, harapan meninggi dapatlah memenangi hadiah novel.  Walau berjaya atau tidak itu adalah lumrah orang bertanding.  Jikapun tidak berjaya memenangi novel dapat tumpang link dari penganjur dan rakan blogger yang menyertai giveaway ini sudah berbaloi.

Jom tengok ada apa dengan GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK.


http://kathyrbain.blogspot.com/2016/04/giveaway-novel-by-kathy-rbain-cik-akak.html
GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Sila klik banner untuk join dan info lanjut


Terima kasih atas sokongan rakan-rakan untuk GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK.


Carian