Assalamualaikum dan selamat sejahtara buat 1Malaysia dan 1Dunia maya,
Dah beberapa hari rasa terpanggil (macam panggilan pulau pulak) untuk buat cerita atau berkongsi pandangan dan rasa mengenai wanita. Almaklumlah naluri wanita... walaupun kita sama2 wanita namun ada banyak juga perbezaan yang sama adalah rasa dan perasaan cuma tak menonjol sangat. Penonjolan sifat kewanitaan dan perasaan kita mungkin juga bergantung kepada didikan oleh ibubapa kita, turut dipengaruhi juga persekitaran selain daripada didikan semasa sekolah dan cara pemikiran kita serta juga pengaruh dari naluri sendiri...yang berlandaskan adat dan pegangan kepada agama.
Seteguh manapun pegangan agama kita, adakalanya perasaan yang sama seperti sedih dan air mata tidak pernah lari... kerana itu kekuatan wanita kan?... percaya atau tidak... lepas menangis kita akan rasa kuat dan semangat kita kembali pulih... kerana dari air mata itu datangnya kekuatan untuk mengatasi kesedihan dan rasa dukacita...
Untuk itu juga air mata sebenarnya lebih banyak memainkan peranan dalam kekuatan wanita disebalik kata-kata yang kadang2 tidak difahami... namun... air mata itu janganlah dibazirkan hanya kerana melihat cerita hindustan atau cerita korea atau cerita jepun yang sedih2... langsung takder makna mungkin juga buat dosa lagi... kerana air mata yang mengalir untuk perkara yang sia-sia...
Oleh itu untuk dapatkan pahala atas air mata yang mengalir... menangislah kerana takutkan neraka Allah... antaranya yang boleh aye kongsikan di sini ialah satu jer... sangat2 penting untuk wanita semua...
menangislah takutkan seksaan Allah kerana tidak mampu melawan cakap suami... ????!!! Bukan tidak mahu melawan cakap suami... tetapi kerana apa yang suami marahkan atau bebelkan tentu ada sebab... cuba fikirkan di mana silapnya kita dan jangan terus melawan... untuk itu ... ewahhhh cam kaunselor la pulak... tapi itulah hakikatnya... kita bukannya sempurna, begitu juga dengan suami kita, tetapi kita adalah pelengkap kepada kekurangan suami kita ... kan? kalau dulu2 masa aye belum kahwin kena pi kursus kat masjid (Masjid Negeri, Ipoh) selama 3 bulan.... macam2 ceramah kita dengar siap ada exam lagi... tapi sekarang hanya sehari jer... apa yang sempat kita dengar ... ntah buleh faham ke , ntah ada exam ke tidak... rasanya tiada..
cukup dulu membebel kat sini... nantii jemu pulak yerk?