Pengikut Setia

31 Oktober 2010

apa yang sibuk sangat tu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entah apa yang disibukkan sangat tak berapa pasti, sibuk dengan Selamat Tinggal Bungaku, sibuk lagi dengan Salam Terakhir hingga terlupa nasihat doktor Ibu hamil perlu tidur yang cukup dan rehat secukupnya...

Namun blog punya pasal terkadang nasihat itu terabai.  Sibuk sangat...Apa yang dikejar...

Mungkin juga BE dari Nuffnang atau juga ME yang tak berapa nak hidup.  Walaupun bukan kerana nuffnang, mungkin juga kerana churp churp, tetapi churp churp tiada kaitan dengan blog pulak rasanya churp churp lebih dekat dengan Twitter cuma kalau ada cerita churp churp dan twitter dalam blog tentu meningkat sikit SEO

he?!!! SEO pulak... paham pun tak berapa sangat... dok sibuk jer lebih...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mendekatlah kepada Allah dengan meninggalkan hal-hal yang dapat menyibukkanmu dari (mengingat) Allah Subhaanahu Wata'aala! Dan ketahuilah, sesungguhnya tidak ada yang lebih menyibukkanmu dari (mengingat) Allah kecuali hawa nafsumu sendiri.  (Abu Bakar al-Warraq)

30 Oktober 2010

Selamat Tinggal... bukan untuk selamanya, pergi tak lama, seketika cuma

Salam Sejahtera buat seisi alam, semoga sejahtera hidup dalam kebahagian dan kesejateraan juga...


Selamat Tinggal Bungaku
(dipinjam dan tribute to Cikgu Humairi yang terlebih dahulu mengucapkan selamat tinggal...)


selamat tinggal bungaku
aku bermohon pergi dahulu
terima kasih seruanku
jasamu untuk diriku

ke timur atau utara
tak tentu di mana nak tujukan
setitik air mata
dititis dan dibuang jangan

sekiranya aku masih
berada nun jauh di balik awan
salam bahagia
khabar yang gembira ku kirimkan

inikah akhir bertemu
bila nian kan berjumpa lagi
ingatlah pesanan ku
jaga baik diri sendiri

..... selamat tinggal juga untuk semua sahabat-sahabat yang tinggal di Pusat Latihan UiTM....

29 Oktober 2010

Hadiah Qurban di Kemboja

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat 1Dunia dan 1Malaysia,

Terlebih dahulu terima kasih tidak terhingga kepada  eQurban.com yang sudi memilih Denaihati.com sebagai platform untuk berkongsi rezeki dengan teman-teman blogger. eQurban.com adalah sebuah syarikat Malaysia yang menyediakan khidmat qurban lembu di Kemboja sempena Hari Raya Aidiladha. Keunikan eQurban berbanding syarikat lain kerana lembu yang disediakan adalah ternakan usahasama eQurban dengan Koperasi Muslim Kemboja. Harga untuk satu bahagian qurban juga sangat kompetitif iaitu hanya RM230 untuk sebahagian. Setiap peserta qurban akan mendapat sijil setelah qurban disempurnakan dan kepada yang berminat untuk melihat proses qurban juga boleh diuruskan.

Pada tarikh bersejarah 29 September 2010, aye telah membuat catatan mengenai Promosi Qurban di Kemboja oleh eQurban.com dan Denaihati.  Tujuan asal catatan berkenaan adalah untuk menyertai contest anjuran Denaihati.com, namun atas dasar yang sama dengan Denaihati.com iaitu dengan semangat Hidup Untuk Memberi aye buat catatan berkenaan.  Tujuannya adalah untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan qurban dengan saudara Islam di Kemboja.

Alhamdulillah pada 28 Oktober 2010, Denaihati.com telah mengumumkan pemenang contest berkenaan.  Pemenangnya adalah etomyam @ myjazmanie.com dan tpinky.blogspot.com serta yangbaik.blogspot.com (aye lah tu).  Terima kasih tidak terhingga kepada Denaihati.com kerana telah memilih aye sebagai salah seorang pemenang.  Kira-kiranya dah tergolong dalam insan yang terpilih.  :-)

Secara tidak langsung hadiah Qurban yang berupa 1 bahagian lembu bernilai RM230.00, akan disumbangkan kepada penduduk Islam di Kemboja pada Hari Raya Qurban yang akan datang. Alhamdulillah.  Semoga dimurahkan lagi rezeki kepada Denaihati.com dan eQurban.com.

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Sekian.

Carian