Pengikut Setia

09 Jun 2024

DOA HINDARI TERASA HATI, KECIL HATI ATAU TAK SABAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Bila ada lintasan terasa hati atau tak sabar atau kecil hati dengan sesiapa juga,cepat - cepat pintas supaya syaitan tidak dapat masuk ke dalam badan kita.




Sama - samalah kita amalkan doa ini :

Allahummaghfirlana
Warhamna
Watub Alaina

YA ALLAH 
Ampunkanlah kami
Kasihanilah kami
Dan terimalah taubat kami.

Renung - renungkan
Ingatan buat diri sendiri.
 
Semuga bermanfaat.

Sumber:  Petikan dari TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA


Terima kasih.  Selamat beramal  DOA HINDARI TERASA HATI, KECIL HATI ATAU TAK SABAR 

08 Jun 2024

ZIKIR 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, 1 Zulhijjah 1445.  Hari pertama bagi bulan Zulhijjah bulan ke-12 dalam kalendar Hijrah atau kalendar Islam.


1 Zulhijjah 1445H, Sabtu 

  Daripada Ibnu Umar radiallahu anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tidak ada hari yang lebih agung lagi disukai Allah amalan padanya berbanding hari-hari yang sepuluh ini (10 hari pertama Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya TAHLIL, TAKBIR dan TAHMID.”

(Hadis Riwayat Ahmad, Sahih)

Jom banyakkan zikir:

❤ Tahlil [La ilaha illallah]
❤ Takbir [Allahu akbar]
 ❤ Tahmid [Alhamdulillah]

Sumber:  T.me/quotephotovideo

Terima kasiih kerana sudi luangkan masa di sini  ZIKIR 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

07 Jun 2024

Amalan Rutin 10 Hari Pertama Pada Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Amalan Rutin 10 Hari Pertama Pada Bulan Zulhijjah


Bulan Zulhijjah semakin mendekat, beberapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Zulhijjah, bulan ke-12 dalam kalendar Hijrah.  Beberapa amalan tertentu perlu dilazimi dan dijadikan sebagai amalan rutin untuk menambah timbangan amal kebaikan serta mendatangkan ketenangan.  Bukanlah amalah wajib tetapi amalan sunat.  Namun bagi sesetengah orang amalan ini seakan amalan wajib.  Terpulang kepada kita untuk menambah pahala sebagai bekal di sana kelak.




Petikan hadis:


عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Perbanyakkan amal soleh setiap waktu di samping hari tertentu antaranya "Hari-hari yang sepuluh" iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah (1 hb  Zulhijjah hingga 10hb Zulhijjah).  Firman Allah dalam surah al-Fajr 1-3 juga menyatakan;

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْر
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”.

Imam At-Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh hari awal Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujah dari ahli tafsir. (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Quran:7/514)

Allah telah bersumpah dengannya (malam yang sepuluh). Bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil tentang besarnya manfaat (sepuluh hari tersebut).

 

2.  Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibnu Kathir: 8/413)


3.  Allah suka kepada hambaNya yang memperbanyak amalan soleh pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1hb hingga 10hb Zulhijjah).

4.  Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1hb Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat setiap hari (1 - 9), puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan zikir – tahlil, takbir dan tahmid, tilawah al-Quran, doa, bersedekah, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban, berdakwah serta pelbagai amal soleh yang lain.

5.  Rebutlah peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang Awal Zulhijjah. Kita mulakan dengan amalan puasa sunat Isnin atau Khamis atau paling tidak 9hb (puasa sunat hari Arafah) di samping perbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir.


7 Jun 2024  |  29 Zulkaedah 1445  |  Jumaat

💝

Carian