Pengikut Setia

05 Jun 2024

Keutamaan Sifat Tenang Ketika Beribadah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Keutamaan Sifat Tenang Ketika Beribadah



عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ دَفَعَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ فَسَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَاءَهُ زَجْرًا شَدِيدًا وَضَرْبًا وَصَوْتًا لِلْإِبِلِ فَأَشَارَ بِسَوْطِهِ إِلَيْهِمْ وَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ عَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ فَإِنَّ الْبِرَّ لَيْسَ بِالْإِيضَاعِ

Daripada Ibnu 'Abbas RA, bahawasanya beliau telah bertolak bersama-sama Nabi SAW pada hari 'Arafah. Kemudian Nabi SAW mendengar dari arah belakang Baginda SAW suara yang keras dan bentakan serta pukulan terhadap unta. Maka Baginda SAW memberi isyarat kepada mereka dengan cemeti agar bertenang. Baginda SAW bersabda: "Wahai manusia, hendaklah kamu bertenang, kerana sesungguhnya kebaikan bukan (diperoleh) dengan tergesa-gesa." (HR Bukhari No: 1671) Status: Hadis Sahih

gambar hiasan


Pengajaran:


1.Islam adalah agama yang membawa rahmat, bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan kepada semua makhluk termasuk binatang.


2.Bersifat rahmah dengan berlemah lembut dengan binatang tunggangan adalah suatu yang dituntut.


3.Antara rahmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah dapat melakukan ibadah dengan taufik dan hidayah-Nya. Setiap ibadah yang dilakukan seperti solat, haji dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan penuh ketenangan. Hanya ibadah yang dilaksanakan dengan penuh ketenangan akan melahirkan kebesaran dan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam hatinya.


Setiap Muslim hendaklah sentiasa bersifat tenang kerana sifat tergesa-gesa akan menyebabkan seseorang itu melakukan kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam melakukan amal ibadah yang akhirnya menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah SWT.


💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Buat para Jemaah Haji yang diberi peluang mengerjakan ibadah haji dan menjadi tetamu duyufurrahman pada tahun ini, semoga sentiasa tenang beribadat di sana serta didoakan kebaikan dan mendapat haji yang mabrur.


زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ

“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا

“Semoga Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni.”


sumber:  e-Rizq.my #457
[PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS]
5 Jun 2024 |  27 Zulkaedah 1445H

Wordless Wednesday : Sarapan Roti Canai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday :  Sarapan Roti Canai 

Roti Canai
Roti Canai



14 Disember 2023

Sakit kepala selepas mesyuarat yang panjang bersambung dengan majlis lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sakit kepala selepas mesyuarat yang panjang bersambung dengan majlis lain



Sakit kepala walaupun sudah menjadi perkara biasa tetap juga perlu berwaspada terutama dengan zaman pandemik yang seolah enggan berakhir.

Urusan lain berjalan seperti biasa dan seperti yang dirancang pergerakannya.  Pening kepala sikit-sikit tu biasa.  Rehat sekejap melihat keindahan alam ... hilanglah pening.  Kalau pening juga tidak lah ketara sangat.





Seminggu ni terlalu banyak yang hendak difikirkan kerana ada beberapa urusan yang kadang-kadang seperti terlalu mendesak.

Desakan dari luar ada yang boleh diterima akal bila kita telah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku terutama berkaitan bidang tugas kita.

Desakan yang memeningkan kepada bila tiba-tiba muncul arahan lain yang diluar bidang tugas tetapi perlu diambil kira.

Bila terjadinya desakan luar kuasa makanya akan hilanglah keikhlasan dalam hendak membantu kerana terlalu terpaksa.  Seolah tidak memahami tugas kita yang sedang dirundung pelbagai isu.


Dalam kehidupan kita diberi pilihan, inginkan kemewahan dan kemuliaan atau berserah pada ketentuan dan keredhaan. Ingat kemewahan dan kemuliaan belum tentu membawa kebahagiaan, namun ketentuan dan keredhaan itulah tingkatan ketaqwaan untuk mendapat kerahmatan. Jangan tersalah buat pilihan, kelak diri dilanda kebinasaan ~Anon


 Semoga dimudahkan setiap urusan kita semua.  



Carian