Pengikut Setia

22 Mac 2021

Jadual Seminar BA243 Sesi Mac - Ogos 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jadual Seminar BA243 Sesi Mac - Ogos 2021


Alhamdulillah, jadual yang ditunggu dah tiba.  Jadual ini disebut jadual seminar bukan jadual kuliah.  kenapa disebut begitu jangan tanya lah... sebab tak tahu pun sebabnya.  Asalkan jadual dah keluar cukup, kita boleh masukkan dalam kalendar sebagai keutamaan.  Keutamaan selain keluarga.  Apa pun keluarga/anak-anak sudah sedia maklum dan faham (agaknya la) .


Kod Kursus


Kod Kursus
Kod Kursus

Kod kursus yang ditawarkan pada semester ini (20212) adalah:  

1. FIN420 - Financial Management
2. MKT420 - Principles And Practice Of Marketing
3. OPM530 - Introduction To Operations Management
4. ELC501 - English For Critical Academic Reading

Semester 2?  Ya akak baru masuk semester ke dua.  Dulu pernah ambil 1 semester tetapi terhenti separuh jalan atas sebab-sebab yang sukar dinyatakan.  Biarkan akak ajer yang simpan sebab dan alasan itu.  



Jadual Seminar


Jadual Seminar BA243
Jadual Seminar BA243


Sama seperti semester lepas, seminar diadakan pada setiap hari Sabtu.  3 kod diadakan sebanyak 5 kali perjumpaan manakala 1 lagi kod diadakan sebanyak 7 kali.

Dijangka pada semester ini juga kelas masih secara atas talian.  Maka bertabahlah kita semua.  Semoga dapat peruntukan data percuma lagi untuk semester ini.  Semester lepas dah dapat dengan terma pelajar baru (semester 1).  Jika dipanjangkan untuk semester seterusnya... Alhamdulillah.


Pelajar Separuh Masa UiTM Cawangan Perak



Jadi, nak maklumkan juga jadual di atas adalah untuk pelajar separuh masa (ePJJ) di UiTM Cawangan Perak sahaja.  Lain kampus lain susunan jadualnya, hanya format 'table' saja yang sama.


Jadual dah ada boleh lah kita masukkan dalam kalendar.  Nampak macam penuh setiap minggu.  In shaa Allah dimudahkan urusan yang baik dan perjalanan akademik ini mendapat rahmat dariNya.


Terima kasih semua atas sokongan.





Hari ini lebih baik dari kelmarin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini lebih baik dari kelmarin


Tanpa kita sedar, hari ini sudahpun 8 Syaaban 1442, beberapa hari lagi Ramadan bakal menjelma.  Semoga Allah selamatkan kita pada bulan Syaaban ini dan sampaikan kan kita ke bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat.

Jadikanlah 'kelmarinmu' sejarah menjadi pelajaran, 'Hari ini' adalah berkah dan lakukanlah yang terbaik untuk 'Esokmu' yang masih misteri.




Mensyukuri hari ini mengikhlaskan hari kemarin dan menjadi lebih balik lagi untuk hari esok.
Semoga Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya.


Terima kasih.






21 Mac 2021

Doa pada hari Ahad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera  |  Doa pada hari Ahad



Setiap hari kita berdoa dan tidak khusus pada hari tertentu sahaja.  Doa ini dititipkan untuk tenungan kita bersama.


Doa pada hari Ahad

Bismillahirrahmanirrahim

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita 
dan Allah limpahkan kita semua dengan keselamatan, 
kesihatan yang baik, rezeki yang berkat lagi halal, 
kegembiraan, kebahagiaan, berita-berita baik yang tak diduga 
dan yang dinanti-nantikan selama ini, diampunkan segala dosa, 
diterima segala amalan, diselesaikan segala masalah, 
diangkat segala bebanan hidup, dimakbulkan segala doa yang baik
dan diteguhkan iman dan ketakwaan kepada Allah.

Aamiin Ya Rabbal Alamin.



Terima kasih atas perhatian semua. Semoga bermanfaat. 

Carian