Pengikut Setia

25 Januari 2021

Jangan tinggalkan 4 amalan ini sementara masih hidup


Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Duhai jiwa, semoga dikau baik-baik saja.  Kasih umpama pagi yang sentiasa datang menghadiahkan hari buat alam.

Agar jiwa-jiwa yang tadinya sedang lena kini hidup semula untuk berusaha, bekerja dan beribadat kepada ALLAH Yang Maha Agung.


4 amalan
4 amalan


4 amalan sementara masih hidup

1.  Jangan tinggal solat
2.  Jangan tinggal baca al-Quran
4.  Jangan tinggal sedekah
(Istaz Dato' Ismail Kamus)


Putaran alam siang dan malam, suka duka, susah senang dan bahagia atau derita semuanya itu untuk membolehkan jiwa kembali ke dalam rahmat kasih yang Maha Penyayang.

Alhamdulillah.  Segala puji-pujian hanya untukNya.

Terima kasih tidak terhingga atas kesudian menjengok blog ini.  💓

24 Januari 2021

Tiba masanya mencari kumpulan yang membawa kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selama hidup kita semenjak lahir hingga sekarang, sudah tentu banyak perkara yang tleah kita tempuh sama ada suka atau duka.  Ada masanya kita mendapat nasihat dan ada masanya kita mendapat tentangan dan bantahan tak kurang kurang juga ada yang langsung tak ambil tahu tentang kita atau kita yang tidak ambil tahu tentang orang lain.  Namun kita harus sedar kehidupan di dunia ini.. tak ke mana pun dengan ego dan kesombongan.

Di mana pun kita berada, kita masih memerlukan orang lain untuk membantu kita sama-sama ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai Allah.




Tiba masanya mencari kumpulan yang membawa kebaikan



Bila dah masuk umur 20-40 tahun, sepatutnya kita kena mula mencari Circle yang selalu berbincang tentang :

1. Masa hadapan
2. Akhirat
3. Kasih sayang ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala
4. Kerja kerja kebajikan


Ini bukan masanya untuk kita berada di dalam Circle yang suka berbincang tentang :

1. Aib orang lain
2. Hiburan keterlaluan
3. Iri hati sesama sendiri
4. Saling menyalahkan
5. Membuatkan kita jauh dari ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala


Mungkin inilah masanya untuk kita mula mencari Circle dan sahabat yang :

1. Kita lihat KEBAIKAN dalam dirinya. 
2. Kita nampak KEBAJIKAN dalam perbuatannya. 
3. Kita rasakan KASIH SAYANG dari dirinya. 
4. Kita saksikan KEIMANAN dalam rutin hariannya. 


Good circles and friends are like stars, you don't always see them but you know they are there. 

Kredit : Taufiq Razif via. quotephotovideo


Terima kasih sangat-sangat kepada awak semua yang sudi singgah tak kiralah tengok saja atau pun baca sepintas lalu.  Semoga ada yang bemanfaat buat kita semua.



23 Januari 2021

Watch Your Thoughts

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Watch Your Thoughts
 



Watch your thoughts,
they become words.
Watch your words,
they become actions.
Watch your actions,
they become habits.
Watch your habits,
they become your character.
Watch your character,
for it becomes your destiny.

credit:  #Lifeenergytools


Carian