Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Selama hidup kita semenjak lahir hingga sekarang, sudah tentu banyak perkara yang tleah kita tempuh sama ada suka atau duka. Ada masanya kita mendapat nasihat dan ada masanya kita mendapat tentangan dan bantahan tak kurang kurang juga ada yang langsung tak ambil tahu tentang kita atau kita yang tidak ambil tahu tentang orang lain. Namun kita harus sedar kehidupan di dunia ini.. tak ke mana pun dengan ego dan kesombongan.
Di mana pun kita berada, kita masih memerlukan orang lain untuk membantu kita sama-sama ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai Allah.
Tiba masanya mencari kumpulan yang membawa kebaikan
Bila dah masuk umur 20-40 tahun, sepatutnya kita kena mula mencari Circle yang selalu berbincang tentang :
1. Masa hadapan
2. Akhirat
3. Kasih sayang ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala
4. Kerja kerja kebajikan
Ini bukan masanya untuk kita berada di dalam Circle yang suka berbincang tentang :
1. Aib orang lain
2. Hiburan keterlaluan
3. Iri hati sesama sendiri
4. Saling menyalahkan
5. Membuatkan kita jauh dari ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala
Mungkin inilah masanya untuk kita mula mencari Circle dan sahabat yang :
1. Kita lihat KEBAIKAN dalam dirinya.
2. Kita nampak KEBAJIKAN dalam perbuatannya.
3. Kita rasakan KASIH SAYANG dari dirinya.
4. Kita saksikan KEIMANAN dalam rutin hariannya.
Good circles and friends are like stars, you don't always see them but you know they are there.
Kredit : Taufiq Razif via. quotephotovideo
Terima kasih sangat-sangat kepada awak semua yang sudi singgah tak kiralah tengok saja atau pun baca sepintas lalu. Semoga ada yang bemanfaat buat kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.