Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Segalanya telah pernah bermula dahulu... namun perjumpaan kali ini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021 telah membuahkan hasil yang membawa kepada perkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19. Keputusan ini telah dibuat pada 12 Januari 2021.
Intipati Pengumuman Khas Darurat 2021 oleh Perdana Menteri Malaysia
- Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan #COVID19 daripada menjadi serius.
- Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi.
- Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan.
- Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat.
- Ordinan Darurat untuk tingkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam.
- Aktiviti ekonomi akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat, tertakluk pematuhan SOP.
- Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti akan terus main peranan sebagai pemudahcara pasaran
- Darurat: Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan.
- Plihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.
- PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa #COVID19 telah reda atau pulih sepenuhnya.
- Semua ahli politik perlu bersolidariti bersama rakyat mencegah #COVID19.
- Rakyat diminta kekal tenang, berikan kepercayaan kepada kerajaan bendung COVID-19 dengan lebih berkesan.
- Ordinan perangi sabotaj ekonomi, monopoli dan kenaikan harga barang secara keterlaluan boleh dimasyurkan oleh Agong.
- Darurat: Kuasa eksekutif Persekutuan meliputi kuasa perundangan negeri kecuali hukum syarak, undang-undang atau adat negeri di Sabah, Sarawak.
- Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba ganggu urusan kerajaan tangani #COVID19 dan urus ekonomi negara - PM @MuhyiddinYassin
Semoga dengan perlaksanaan Darurat ini dapat membendung penularan virus covid19 di Malaysia.
#kitajagakita