Pengikut Setia

24 Disember 2020

Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog


Seketika edit blog, tambah apa yang patut.  Paling tambah Senarai Blog (Blog List), senarai lama dah hilang kena cari semula rakan-rakan blogger yang dulu pernah ditempatkan dalam senarai blog utama.  Semasa mencari semuala rakan blogger lama, terjumpa pula posting rakan blogger ni... Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog.  Apa lagi kita pun dengan suka hati turut sama meriahkan giveaway Sis Rasyidah.



Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog

Masih ada masa lagi... rakan2 yang hendak turut serta boleh klik banner di atas.  Mudah saja


Terima kasih semua.





23 Disember 2020

Semangat kembali pulih setelah blog berjaya kembali ke template asal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semangat kembali pulih setelah blog berjaya kembali ke template asal


Semenjak blog ini berubah template, tetiba semangat menjadi luntur.  Walaupun pada asalnya perubahan template blog adalah atas kehendak sendiri.  Namun jiwa blog yang ak berapa kental ini... lama kelamaan menjadi pudar. 

Setelah beberapa ketika berusaha, kali ini hari ini berjaya juga tukar kepada template kuno.. Biarpun kuno jiwaku rasa selesa.  Masih ada beberapa perubahan dan penambahbaikan yang akan dilakukan dari semasa ke semasa. 

Semoga jiwa blogger ini kembali ceria.

Terima kasih semua atas kesudian membaca luahan.



18 September 2020

Semangat yang hilang terbang ke laut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Semangat yang hilang ke laut


Telah beberapa kali semangat itu hilang
Terbang hilang entah ke mana
Tiada semangat hendak menitipkan sepatah kata
apatah lagi berbaris-baris ayat

Sesekali terasa tenggelam di dasar laut
Karam terhempas dilambung badai

Dipaksakan juga 
Menitipkan apa yang terpendam
Tetapi hilang bersama metafora

Seolah ada hati yang hendak dijaga
Sedangkan sendiri tidak terjaga

Semangat yang hilang terbang ke laut
Laut dalam laut lepas laut merah

Percubaan mengutip semula semangat yang hilang

Carian