Pengikut Setia

06 Ogos 2020

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

#KitajagaKita
#PrayertoremoveCovid19
#KitajagaIman



Bilamana kita melihat kepada awan yg berarak, langit yg membiru, rumput yg menghijau, pepohon yg melambai maka lantas akan teringat akan kekuasaan dan kehebatan Allah.




Lihat kejadian langit dan bumi




Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yg bermaksud:

“Sesungguhnya pada kejadian langit, bumi dan peredaran malam siang adalah sebagai tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. Mereka yang mana mengingati Allah dalam keadaan mereka berdiri, duduk, dan baring. Dan mereka memikirkan pada kejadian langit dan bumi lalu mereka mengatakan Wahai Tuhan kami sesungguhnya tidak engkau lakukan semua ini sia-sia, maha suci Engkau maka jauhkan kami daripada azab api neraka.”

Lihatlah alam ini nescaya kita akan merasakan kerdilnya kita di hadapan Allah.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yg mana mengingati Allah dalam setiap keadaan.

Justeru dengan kita merenung penciptaan langit dan bumi, peredaran siang dan malam akan mendekatkan diri kita kepada Allah.

Kebesaran Allah akan meresap masuk dalam jiwa kita.

Maka hilanglah segala kebesaran dunia, harta pangkat, wang berjuta semuanya tenggelam dek kehebatan Allah.



Doa anak yang soleh




 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.


Terima kasih.  Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga

05 Ogos 2020

Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman


Hidup sehari-hari kadang-kadang mendatangkan rasa jemu, resah dan gelisah.  Ada harinya terasa seperti tidak lengkap malahan terasa kosong.  Ulama pernah berpesan jangan biarkan perasaan tidak selesa itu berada lama.  Bila saja terasa seperti yang tiada tidak kena dan tidak lengkap segeralah muhasabah diri.  Paling tidak dengarlah bacaan al-quran sebagai halwa telinga.  Selalunya orang perempuan yang suka sangat layan perasaan ni.  Jangan dibiarkan... kelak rosak diri.




Bagaimana nak rasa manisnya Iman

1.  Mencintai Allah dan Rasul lebih dari yang lain.


Bagaimana?  Pada peringkat awal mungkin akan terasa sedikit kesukaran.  Untuk memupuk cinta itu selalu melihat al-quran, bacalah sebaris dua ayat al-quran dan cuba fahami maksudnya.  Rasa ini mungkin tidak sama semasa membaca novel atau kisah artis K-Pop.  Mengapa minat dengan k-Pop itu lebih mendalam.  Saya tidak dapat meletakkan perasaan itu di sini kerana saya bukanlah peminat K-Pop.  Baiklah, kalau bukan K-Pop apa jua yang menjadi minat berlebihan atau taksub, cuba ingat semula kenapa dan bandingkan dengan perasaan taksubnya kita kepada sesuatu itu.


2.  Mencintai seseorang hanya kerana Allah.  


Pelik atau hairan?  Sesuatu yang harus diselami dan difahami.  Perlu ingat dan faham bahawa setiap sesuatu yang wujud itu penciptanya adalah Allah.

3.  Benci kerapa kekufuran.  


Setiap dari kita pastinya tidak lari dari buat salah.  Sewajarnya kita bersyukur kerana segera dikurniakan hidayah dan kembali ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah.  Kita pastinya tidak mahu kesalahan yang sama berulang lagi.  Justeru adalah lebih baik kesilapan yang lalu itu tidak dikenang dan diulang semula.  Padamkan saja dari memori apa sahaja yang berkaitan dengan kesilapan itu.  Sekali memori itu kembali semula segeralah istighfar dan iktikad dalam diri tidak mahu lagi berulang kesilapan yang sama.  Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.


Titipan doa


Ya Allah, kurniakan kepada kami sebelum kematian taubat, ketika kematian syahadah, setelah kematian jannah.

Ya Allah kurniakan kepada kami husnul khatimah, Ya Allah kurniakan kepada kami saat kematian itu kami sedang sujud kepada kamu ya rab.

 Ya Allah, kami pohon kepada Mu di tetapkan pendirian kami saat di soal oleh malaikat munkar dan nakir itu

 Ya Allah, jadikanlah kubur kami diantara taman kepada taman syurgaMu dan usahlah kamu jadikan kubur kami diantara gaung diantara gaung neraka Mu Ya Allah.


Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman

04 Ogos 2020

7 sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera


7  sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit

Seperti biasa dan semua orang sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup di sini dan di sana.  Namun dalam aktiviti seharian kita ada amalan-amalan tertentu yang menyebabkan amalan baik yang kita lakukan tidak sampai ke tempat yang sepatutnya. 


1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.



Semoga dijauhkan dari Riak


Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

 - Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

Muhasabah diri.

Carian