Pengikut Setia

16 Jun 2020

Fenomena Baju Tanpa Gosok | Queeny Raya Haji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Fenomena Baju Tanpa Gosok |  Queeny Raya Haji


Queeny Raya Haji
Queeny Raya Haji


RENTAS NEGERI DI RAYA HAJI dijangka menjadi lebih menarik dengan adanya set baju kurung tanpa gosok Queeny.  Raya haji ni dah boleh rentas negeri untuk balik kampung.

Sabella pun nak rentas juga raya haji ni... Tapi bukan rentas negeri sebaliknya Sabella nak rentas ke dalam hati uolls dengan keluaran QUEENY RAYA HAJI SET IBU DAN ANAK yang kebabom lawo dan semestinya TAK PERLU GOSOK.. 🤩🤩

Pesanan dari Sabella.. Baju kurung Queeny ni berhantu tau.. 👻👻.  Seperti kebiasaannya, setiap kali baju kurung edisi Queeny dikeluarkan, baru beberapa minit open dah sold out.. 😱😱  Jadi kepada semua penggemar dan pengikut setia Sabella perlu bersedia dengan warna tambahan bagi menggantikan warna pilihan pertama.  

Sabella lovers tak perlu bimbang kerana semua warna dan corak yang dikeluarkan semua nya lawa-lawa dan menawan mata yang memandang 😍😍 Dari mata turun ke hati.


QRH Vintage Flower 
  

QRH Black Dice



QRH Blue Batik



QRH Gray Flower



QRH Royal Blue



QRH Deep Peach



QRH Brown Classic



QRH Light Pink



QRH Maroon



QRH Black Flower



QRH Light Purple
                                   

QUEENY RAYA HAJI


💥 11 CORAK YANG MENARIK (SET IBU DAN ANAK) 
💥  MOSS CREPE MADE IN KOREA
💥 TIDAK PERLU IRON
💥 SEJUK DAN SELESA
💥 KAIN FULL GETAH
💥 SIZE BERMULA XS-5XL
💥 ADD RM5/psg untuk saiz 4XL dan 5XL

❌Harga NORMAL: RM159/PSG (IBU) 
$$$ harga KEBABOM: 
RM79/PASANG (Jimat RM80!)😱

❌Harga NORMAL: RM119/PSG (KIDS) 
$$$ harga KEBABOM: 
RM59/PASANG (Jimat RM60!)😱

💥 Sabella menawarkan FREE POSTAGE bagi pembelian 2 pasang dan ke atas bagi mana-mana baju kurung Queeny Raya Haji.

JADI..... Ayuh bertindak segera... Meh tekan link wasap ni utk order 👇🏽👇🏽



“BENDA TAK PAYAH GOSOK, BUAT APA NAK GOSOK”



#Sabellaxfieramy #EllaSukaSabella #KurungQueeny #QueenyRayaHaji #SetIbudanAnak #BajuTanpaGosok #BendaTakPayahGosokBuatApaGosok #BajuKurungViralTanpaGosok #PrintedMosscrepe #SabellakanRayamu #JagaJarak  #KitaJagaKita 


[Monolog] Jangan pernah lelah baiki diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



[Monolog] Jangan pernah lelah baiki diri


Jangan pernah lelah untuk memperbaiki diri. Sebab Allah tak pernah lelah memberikan nikmat-nikmatNya



Setiap hamba berhak menjadikan hidupnya lebih baik dari masa kemasa, tak peduli ia mempunyai masa lalu yang seperti apa sebab hidup akan terus berjalan hingga pada saatnya berhenti dengan sebuah kata “Mati”

Maka, sebelum mati menghampiri kita, pandailah untuk menjaga diri kita, terutama hati yang kita miliki sebab hati adalah sumber bagaimana kita akan menjalani hidup dalam menghamba kepada Allah,

Allah  yang telah memberi kita nikmat hidup didunia ini.

Oleh karena itu jangan pernah lelah memperbaiki diri, sebab Allah tidak pernah lelah memberi nikmat-nikmatnya kepada kita, tugas kita hanya yakin bahwa Allah akan selalu menjadikan hidup kita lebih baik saat kita sendiri mampu berusaha untuk terus memperbaiki diri.


Terima kasih kerana tidak pernah lelah kunjungi blog ini.

💕


15 Jun 2020

Salah faham tidak mahu bertanya buat andaian sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salah faham tidak mahu bertanya buat andaian sendiri



Salah faham kerana tidak mahu bertanya
Salah faham kerana percaya pada pandangan mata kasar
Salah faham kerana percaya pada cakap-cakap orang
Salah faham kerana tidak mahu bertanya



Sedangkan apa yang kita nampak biarpun dengan mata sendiri belum tentu itulah gambaran sebenar
Apa yang orang cakap tidak semestinya tepat walaupun dengar seperti betul
Apa yang kita tahu hasil dari cakap-cakap orang jarang sekali itulah sebenarnya

Lagi menjadi salah bila apa yang kita faham itu salah dan tidak bertanya
Dan... lagi menjadi kesalahan bila kita percaya dengan perkhabaran yang salah tetapi kita sebarkan.

Tidak pasti jangan sebarkan.
Jangan sampai kita menjadi agen penyebar berita salah.



Carian