Fikir yang baik-baik
Salam Syawal 1439. Sungguh benar, tidak banyak yang dapat diupdate mengenai peristiwa Syawal kami sekeluarga. Bukan kerana kesilapan tetapi biarkan itu semua tersimpan dalam lipatan sejarah hidup keluarga kami. Bukan kerana kesedihan tetapi keletihan kerana proses pindah ke rumah baru yang hingga ke hari ini masih belum selesai. Masih banyak yang perlu dilakukan.
Biar apa pun yang berlaku sepanjang proses perpindahan ini semua itu ada hikmahNya dan suratan yang tersendiri. Kerana sebahagiannya dari proses itu adalah atas pilihan kami sekeluarga dan yang penting itu semua adalah ketentuan dariNya.
Fikirkan yang baik-baik |
Selalulah berfikir yang baik-baik, berbicara yang baik-baik, berdoa yang baik-baik, moga-moga yang datang pada kita juga yang terbaik.
❤️ Jadikanlah yang Lembut itu CAHAYA
❤️ Jadikanlah yang Tipis itu BENCI
❤️ Jadikanlah yang Tebal itu IMAN
❤️ Jadikanlah yang Tajam itu AKAL
❤️ Jadikanlah yang Baik itu SIFAT
❤️ Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN
Fikirkan kekuatan semangat yang kita ada maka semangat itu akan sentiasa ada. Biarpun ketika letih atau berduka tetapi kekuatan semangat itu mengatasi segalanya.
Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini, Fikir yang baik-baik.