Pengikut Setia

08 Januari 2018

Posting pertama 2018 | Apa Khabar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Posting pertama 2018 |  Apa Khabar



Alhamdulillah, setelah 8 hari 2018 menebarkan layarnya baru kini SZ berkesempatan melebarkan pena di kanvas blog ini.  Pagi-pagi ni... nak bersastera pula jenuh terbelit lidah. Ayat-ayat sastera ini tidak termasuk pun dalam agenda atau azam blog tahun 2018.  Sekadar menyedapkan kata saja.

Apa pun yang dilalui sepanjang 8 hari ini, adalah diharapkan kita semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayangNya... seterusnya memanjang kasih dan sayang kepada ahli keluarga kita yang terdekat.



Apa khabar Iman mu hari ini?
Apa khabar ibadah mu hari ini?
Apa khabar hafalan al qur'an mu hari ini?
Apa khabar hati mu hari ini?


**Semoga perkhabaran yang baik untuk kita hari ini.

Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Posting pertama 2018 | Apa Khabar




26 Disember 2017

Jika hari ini terasa berat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jika hari ini terasa berat


Macam-macam ragam kehidupan.  Setiap hari ada saja ragam dan rentaknya.  Semua itu harus kita lalui dalam meneruskan kehidupan.




Jika hari ini terasa berat,
berdoalah dan yakinlah
esok akan lebih baik.

** In shaa Allah akan ada hari esok yang lebih baik.  Yang penting kita yakin dan percaya bahawa kebaikan itu sentiasa ada dan kita harus berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku akan ada kebaikan disebaliknya.

Keajaiban
datang pada sesiapa
yang memohon perlindungan Allah SWT

*Berserah dengan sebulat hati bahawa perlindungan Allah sentiasa ada untuk kita. 


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini, Jika hari ini terasa berat.

Selasa Terakhir Disember 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selasa Terakhir Disember 2017


Selamat pagi semua.  Semoga pagi ini dan hari ini membawa rahmat dan keberkatan hingga ke akhirnya.  

Baca tajuk hari ini pun dah rasa semacam.  Tapi percayalah semua tajuk terakhir ini adalal cliche kerana dah memang hari ini hari Selasa terakhir bagi tahun 2017.  

Hari ini terpaksa bekerja walaupun sebenarnya hati bersama dengan anak di Sekolah.  Hari ini adalah hari orientasi untuk anak darjah satu di SKIP.  Semoga dimudahkan urusan ayahnya.  Terima kasih kepada ayahnya kerana membantu memudahkan urusan hari ini.




ALLAH
has already written the name of your spouse for you.
What you need ti work on is your relationship with Allah.
He will send her/him to you when you're ready.
It is only a matter of time.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Selasa Terakhir Disember 2017.

Carian