Pengikut Setia

07 November 2017

Alhamdulillah | Segala Puji Bagi Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alhamdulillah | Segala Puji Bagi Allah


Pengalaman mengenali perkataan Alhamdulillah sudah lama,,, mungkin semenjak dari kecil sejak mulai pandai menuturkan kata atau sejak mula belajar mengaji.  Tetapi ketika kecil sejauh mana kita memahami maksud Alhamdulillah.  Seiring dengan masa kita dewasa dengan perkataan Alhamdulillah.  Masuk alam sekolah kita pula diajar cara betul dan masa yang sesuai untuk menuturkan kata Alhamdulillah... ketika ini kita mulai memahami maksud Alhamdulillah.

Mungkin agak kelakar, bila kita disakiti ketika bermain atau bergurau senda dengan kawan-kawan sekolah... kita menyebut Alhamdulillah.  Bersyukur kerana kesakitan itu mengajar kita agar tidak mengulangi perbuatan yang sama atau tidak meneruskan lagi perbuatan itu.

Begitulah kita kan... bersyukur dengan apa yang kita perolehi agar kita mendapat lebih banyak nikmat dan kebaikan.


Bersabarlah setiap kali diuji... 
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati... 
Kita hamba yang sering lupa diri, 
Kita juga suka menunding jari.

Ujian itu juga wajar disyukuri.... kerana ia mengingatkan kita agar sentiasa berwaspada dengan setiap gerak langkah dan tutur bicara.

Semoga kita mendapat rahmat dan kebaikan dari setiap yang kita syukuri.


Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler


Tak nak sunyi sepi lagi. Itulah nama giveaway unik seorang blogger kaki travel.  Dah beberapa hari undangan untuk join giveaway ini datang dari penganjurnya... hanya sekarang baru SZ sempat buat entri.  Nak abaikan jemputan tu tak sampai hati.  Terima kasih kepada rakan blogger Julia Tarmidi atas jemputan kepada saya blogger cap ayam neh... hehehe.  Biarpun SZ asalnya tidak mengenali blogger ini secara langsung tetapi jemputan tetap datang.  Untung berkenalan dengan ramai blogger nie... macam-macam pengetahuan boleh kita dapat.  Antaranya dapat mengetahui tempat yang tidak pernah kita pergi... paling tidak dapat dijadikan panduan untuk kita pula.  Ianya antara nak dengan tidak jer kita kena rajin baca entri mereka, terutama blogger kaki travel.

Banyak pula celotehnya ya.  Jom kita tengok ada apa dengan giveaway ini.

 Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler


Hadiah-hadiah!


3x Pemenang, Topup RM10 setiap sorang

2x Pemenang, Topup RM5 setiap sorang
2x Pemenang, sebuah buku terpilih setiap sorang
2x Pemenang, **Tunggu 2 tambahan lagi hadiah!



Tarikh tutup: 20 November 2017

Nak turut serta dalam giveaway ini?  Klik pada banner emoji comel di atas.

Terima kasih kerana sudi bersama saya dalam entri ini, Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler
szi😎

Muhasabah Diri | Hidup ini terlalu singkat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Muhasabah Diri |  Hidup ini terlalu singkat


Hidup ini terlalu singkat, jika hanya kau gunakan untuk mengenjar dunia.

Kejarlah akhirat, maka ka akan daptkan akhirat dan dunia.  In shaa Allah.




Peringatan buat diri.  Semoga kita sentiasa ingat.... 


Terima kasih kerana meluangkan masa untuk entri ini, Muhasabah Diri |  Hidup ini terlalu singkat
szi 💦💦

Carian