Pengikut Setia

09 Oktober 2017

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 oleh HASRULHASSAN.COM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 oleh HASRULHASSAN.COM


Wow!  Segmen paling best bagi penghujung tahun 2017.  Mana tidaknya segmen ini dianjurkan oleh SEO Blogger atau Papa Blogger melalui blognya Hasrulhassan.com.  Satu segmen yang dinanti-nantikan.  Sebelum ni dah beberapa segmen dari papa blogger yang SZ telah terlepas bilaman mood berblogging nun kedaung.  Kalau dah rezeki kan... tidak ke mana. 

Woi... jangan nak sengih-sengih sangat.  Hasrulhassan.com cari 30 blog jer untuk join segmen ni. Pat-patnya sapa cepat dia yang punya.  Harap-harapnya blog ni sempat lah masuk dalam senarai 30 blog yang paling bertuah untuk hujung tahun 2017 nih. 😎

Korang nak tahu ada apa dengan segmen ni kena klik banner kat bawah nih... cepat taw!

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 oleh HasrulHassan.com



Harapan SZ untuk segmen ini pastinya tinggi menggunung.  Antaranya dapat masuk dalam senarai blog akhir tahun 2017 di blog Hasrulhassan.com

Tetapi apakah blog SZ akan berjaya mencapai harapan yang menggunung itu.  Nampak dah ramai rakan blogger yang join.  Tinggal blog SZ jer yang belum sempat lagi... macam-macam hal. 
Ni satu hal lagi.

Biar lewat asal buat, jangan tak buat tetapi dok merungut... 😉

Terima kasihlah kat korang yang sudi membaca entri ini, Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 oleh HASRULHASSAN.COM

08 Oktober 2017

Hadiah Yang Terbaik!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hadiah yang terbaik!





HADIAH YANG TERBAIK

Hadiah tidak semestinya sesuatu yang berupakan wang ringgit atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang:

1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.

2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan.

3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan.

4. Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan.

5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang.

6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah.

7. Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah kebaktian.

8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan.

9. Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan.

10. Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan.

11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran.

12. Hadiah terbaik untuk orang yang tak dikenali adalah senyuman.

13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah selawat.

14. Hadiah terbaik untuk ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala adalah ketaqwaan.

Sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk hari esok.

@quotephotovideo 🍉🍉🍉
posted from Bloggeroid

07 Oktober 2017

Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas


Tiada siapa pun yang tahu adakah bantuan yang diterimanya itu diberi secara ikhlas atau tidak. Hanya yang memberinya sahaja yang tahu.

Tetapi sejauh mana pula pemberi bantuan tu tahu bahawa bantuan yang diberikan itu ikhlas atau tidak.  Hanya hatinya saja yang tahu.  Bila mana bantuan itu diberikan tanpa paksaan walaupun ianya kerana tugas yang diamanahkan. 



Hidup kita beginilah ada ketikanya kita rasa dah ikhlas memberi kerana tugas.  Ada ketikanya kita sanggup memberi lebih dari yang diminta kerana hendak menggirangkan pelanggan. 

Namun, kita akan cepat terluka atas tersentuh hati bila bantuan yang kita berikan secara ' ikhlas' tadi tidak dihargai.  Bukan kerana tiada penghargaan tetapi bila kita rasa dah bagi lebih tetapi masih tidak cukup memuaskan hati pelanggan.

Muhasabah diri:  
Kita sebenarnya tidak cukup ikhlas bila kita mudah terasa hati atau naik angin bila pemberian itu tidak dihargai pelanggan.  Jadi, koreksi hati dan jiwa... adakah kita sudah cukup ikhlas dalam melaksanakan amanah tugas.


Terima kasih kerana membaca entri ini,  Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas
szi 💔

Carian