Pengikut Setia

09 Ogos 2017

REVLON Giftbags Up For Grabs!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



REVLON Giftbags Up For Grabs!


Beberapa hari lepas dapat email ini dari team Nuffnang.  
Terkejut juga sebab dah lama tak aktif blogging.  
Ingatkan Nuffnang sudah lupakan SZ.  
Belum lagi rupanya... terima kasih Nuffnang.

Diringkaskan cerita email ini yang diterima ini menceritakan mengenai
giveway yang dibuat oleh REVLON.  Siapa tak kenal REVLON? 
Tak kisahlah tak kenalpun tetapi akak pernah guna barangan REVLON
Giveaway Revlon ini menyediakan 15 set hadiah 
mengandungi item-item terpilih dari REVLON.
Hadiahnya memang menarik dan sungguh menarik perhatian SZ.
Revlon ColorSilk.  Sumber

Di atas adalah antara gambaran hadiah yang ditawarkan oleh REVLON

Korang ingat boleh macam tu REVLON nak bagi hadiah?  
Kenalah buat kerja sikit.

Bab kerja ni bukan akan tak boleh buat
Tetapi ada kekangan besar yang menyebabkan akak tak dapat laksanakannya.

Nak tau apa kerjanya? Tak perlu kot.
Cukuplah akak kata akak tak dapat buat task tu.
Jangan pulak akak kena denda sebab akak takder terikat secara langsung dengan 
agenda ini... huhuhu

Jadi untuk menjaga hati Nuffnang yang telah baik hati menawarkan email ini,
maka akak pun buatlah entri ini sebagai penghargaan atas ingatannya.

Tak dapat banyak sikit pun jadilah tempiasnya.

So akak pun terlepaslah peluang keemasan untuk menang 
hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh REVLON.

Terima kasih Nuffnang dan REVLON.  Lain kali akak cuba lagi ehh.


Tidak mengapa terlepas peluang REVLON Giftbags Up For Grabs! 
mana tau ada projek besar lagi lepas ni... kan?


szi 😉

GERHANA BULAN SEPARA 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



GERHANA BULAN SEPARA 2017


Hari ini, hari ke-15 ZULKAEDAH 1438H, Fenomena Gerhana Bulan Separa 2017 berlaku pada 8 Ogos 2017 bermula jam 01:22 am hingga 03:18 am (pagi tadi)


Gerhana Bulan Separa 2017
Gerhana Bulan Separa 2017

Sumber :  @quotephotovideo

Subhanallah ... Gerhana Bulan Separa 2017 .

szi 😌

Tahukah anda Zakat KWSP wajib ditunaikan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tahukah anda Zakat KWSP wajib ditunaikan?


Tidak ramai yang tahu bahawa zakat simpanan KWSP wajib ditunaikan.
Sama ada sengaja tidak ambil tahu atau memang tidak tahu.
Tetapi kita wajib ambil tahu berkenaan perkara yang wajib kita tahu terutamanya isu berkaitan Rukun Islam dan Rukun Iman.


Zakat KWSP
Zakat KWSP

Jenis-jenis Pengeluaran Akaun KWSP


  1. Skim Pengeluaran 50 tahun
  2. Skim Pengeluaran 55 tahun
  3. Skim Pengeluaran 60 tahun
  4. Skim Pengeluaran Kesihatan
  5. Skim Pengeluaran Hilang Upaya
  6. Skim Pengeluaran Pendidikan/PTPTN
  7. Skim Pengeluaran Perumahan

Detail mengenai Zakat ini boleh diperolehi di SINI  iaitu di Portal Zakat Selangor.

Jom tunaikan tanggungjawab Rukun Islam Ketiga, tunaikan zakat anda selelepas pengeluaran KWSP.



szi 😊

Carian