Pengikut Setia

19 Ogos 2016

Perempuan Mudah Tertangkap

Perempuan Mudah Tertangkap




Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perempuan Mudah Tertangkap

Perempuan sentiasa mudah tertangkap dengan perkara-perkara keduniaan.  
(Kerana itu sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah)

Tetapi apabila mereka dipupuk dengan kecintaan kepada akhirat, mereka akan menjadi lebih hebat daripada lelaki.


Perempuan mudah tertangkap

Timbang-timbangkan.


Terima kasih baca entri ini, Perempuan mudah tertangkap.




18 Ogos 2016

Share and Win!

Share and Win!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Share and Win! merupakan sebahagian daripada aktiviti kongsi dan menang bagi program 'bekal ke sekolah' atau Meals4School.  Satu aktiviti khidmat kemasyarakatan dan pastinya menjadi tanggungjawab kita selaku rakyat Malaysia untuk turut sama berganding baru membantu insan yang memerlukan.

Entri ini merupakan entri penyertaan blog YangBaik bagi segmen Share and Win! yang dianjurkan oleh rakan blogger, UmiYumi.

Berikut adalah keterangan ringkas mengenai program ini:-

Meals 4 School

Meals 4 School


Program ini dianjurkan bagi mendapatkan peruntukan untuk membiayai perbelanjaan makan tengahari bagi 30 orang pelajar Tahun 6 SK Alor Setar.  Tajaan bermula mulai 14/7 hingga 15/9/2016.

Sumbangan bagi menaja program ini boleh disalurkan melalui nombor akaun seperti yang tertera pada banner di atas.

Kepada anda semua, rakan blogger dan sesiapa saja yang berminat dengan program boleh terus klik banner di atas untuk mendapatkan keterangan lanjut.


Terima kasih atas perhatian anda baca entri ini Share and Win!

Tergendala lagi

Tergendala lagi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tergendala lagi....
Entah mengapa bebanan ini menimpa-nimpa
Hadirnya tidak berkala
Hadir bersama seribu persoalan
Layar manakah harus ditebuk
atau mega mana harus disembur

Tergendala lagi
Menongkah arus ini terasakan mati
Mati akal mati punca
Kematu membatu membisu

Tergendala lagi...
mengharap simpati pada diri 
agar kudrat ini bisa bersambungan lagi
Biarpun diri seakan kedidi




Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh 
(QS An Naml:19)


Semoga dipermudahkan urusan.

Terima kasih baca nukilan ini, Tergendala lagi.

Carian