Pengikut Setia

01 Ogos 2016

Mutiara Kata | Pilih Sahabat

Mutiara Kata |  Pilih Sahabat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mutiara Kata |  Pilih Sahabat.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dahulu, dan jika engkau ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.  
(Imam Al-Ghazali Rahimahullah Taala)



Semoga kita menjadi sahabat yang terpilih buat sahabat kita.


Terima kasih baca entri ini Mutiara Kata |  Pilih Sahabat.



Ogos Bulan Kemerdekaan

Ogos Bulan Kemerdekaan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ogos Bulan Kemerdekaan kerana pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.  Pada tahun ini, masuk tahun ke-59 Malaysia mencapai kemerdekaan.  Biarpun umur sebahagian daripada kita belum lagi mencecah angka keramat itu, tetapi kita harus sematkan jiwa bangsa Malaysia yang merdeka.

Jadi, sebagai anak Malaysia kita semestinya bangga dengan kemerdekaan tanah air yang tercinta. Tanah tumpahnya darahku.  Kita buat entri patriotik sikit bersempena dengan bulan kemerdekaan.

Hari ini Isnin, 1 Ogos.  Hari pertama pada minggu pertama di bulan Ogos.


Logo Merdeka Hari Kebangsaan 2016
Malaysia #sehatisejiwa

Ogos datang lagi bersama rentetan sejarah kemerdekaan negara yang bakal membawa jiwa patriotik di setiap jiwa rakyatnya.


Terima kasih baca entri ini Ogos Bulan Kemerdekaan.


.

31 Julai 2016

Perkongsian mengenai kehebatan air

Perkongsian mengenai kehebatan air


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Perkongsian mengenai kehebatan air.
HEBATNYA AIR :

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..

Kenapa tidak kita contohi air?
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...

Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.


*Nota: catatan di atas disalin semula dari grup telegram.


Sekian, terima kasih baca entri ini Perkongsian mengenai air.

posted from Bloggeroid

Carian