Pengikut Setia

14 Jun 2016

Bagaimana agaknya perasaan itu?

Bagaimana agaknya perasaan itu?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana agaknya perasaan itu?  Agak sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan itu bila mana kita tidak mengalaminya sendiri.  Namun kita berupaya menilai dengan akal kita akan perasaan itu dengan cara menghayati setiap bait yang diungkapkan dan setiap rangkap yang dibaca.  Sama agaknya seperti menonton telenovela dengan sepenuh perasaan sehingga terbawa-bawa dengan watak yang dilakonkan, sedangkan kita tidak mendapat manfaat apapun dari reaksi kita itu.  Jangan kecam akak kerana ini hanya pandangan akak yang kadang-kadang tiada perasaan bila tengok drama... :D

Sekadar hiasan


Berikut adalah petikan yang cuba YB hayati dan mengertikan.... Adakah ianya sesuatu yang menakutkan atau mengerikan pada mata kasar atau pada mata hati?

Seandainya Anda mengetahui apa yang akan Anda hadapi setelah kematian, niscaya akan hilanglah selera Anda untuk makan dan minum dan Anda tidak akan masuk ke dalam rumah untuk berteduh di dalamnya.  (Abu ad-Darda')


Sekian.  Semoga petikan diatas dapat dijadikan sebahagian daripada KPI dalam kehidupan kita.

Terima kasih atas kesudian singgah baca dan komen entri  Bagaimana agaknya perasaan itu? 


13 Jun 2016

Antara Pemenang Blog Untuk di Review

Antara Pemenang Blog Untuk di Review



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Antara Pemenang Blog Untuk di Review.  Alhamdulillah blog YB antara blog yang telah terpilih antara blog untuk direview oleh rakan blogge Beeha.  Pemilihan ini berdasarkan penyertaan blog YB dalam segmen Pencarian Bloglist Jun 2016 By Beeha Azman.  Segmen berkenaan telah tamat pada 4 Jun 2016.  Tak sangka boleh terpilih memandangkan rakan blogger


Pemenang Blog Untuk di Review

Terdapat 5 blog yang turut sama terpilih untuk direview oleh Beeha. Selain dari hadiah blog review Beeha turut menawarkan hadiah berupa Senarai Bloglist.  Namapun segmen pencarian bloglist kan... Untuk melihat senarai penuh pemenang dan hadiah yang ditawarkan boleh klik sini.

Terima kasih Beeha dan rakan-rakan semua atas doa kalian. Inilah rezeki blogging pada bulan Ramadan.


Terima kasih juga kepada anda semua atas kesudian singgan baca entri Antara Pemenang Blog Untuk di Review.

Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati

Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati.  Hati kita sering berbolak-balik.  Ada masa kita terlalu jujur dan ikhlas dan ada ketikanya kita alpa.  Memang sukar dimengertikan kerana kita ini manusia biasa tidak bisa lari dari gangguan-gangguan halus yang sering menodai kesucian hati kita.  Justeru adalah baik untuk kita terus kekal mengingati Allah kerana dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Sekadar hiasan.


Apabila Anda ingin mengobati hati Anda yang telah keras membatu maka perbanyaklah menjenguk orang yang sakit, mengantarkan jenazah ke pemakaman dan mengingat kematian.  
(Sebagian ulama salaf)


Ramadan Kareem!

Terima kasih atas kesudian menjengok dan membaca Catatan Ramadan ke-8 | Cara mengubati hati.

Carian