Pengikut Setia

31 Mei 2016

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM, segmen ringkas anjuran rakan blogger Shida Radzuan melalui blognya Duniashida.com.  Menariknya mengenai segmen ini adalah "siapa yang join dapat hadiah".  So, korang semua ambillah kesempatan ini dengan menyertai segmen ini dan korang akan dapat hadiah.  Seperti akak YB buat nie, tetapi korang janganlah salin ayat yang ahkak buat nie.  Ikut kreativiti korang lah kan.

Dan entri ini adalah entri penyertaan blog YangBaik untuk segmen Kad Raya 2016 Duniashida.com.


SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM


Untuk menyertai segmen ini, antara lain syarat yang mesti diikuti adalah dengan menyatakan pendapat penulis (peserta) mengenai blog penganjur iaitu Duniashida.com.

Dan, pendapat YB mengenai blog Duniashida ada lah sedikit berbeza dengan korang semua. Hahaha... Blog shida berwarna biru dan 'sweet' sangat.  Susun atur blog nampaknya okey dan lebih kemas dari blog YB ... kot.  Apa pun semua itu ikut cita rasa pemilik blog.  Asalkan tidak semak sangat dengan iklan atau hiasan yang berlebihan.  

Di atas adalah pendapat YB mengenai blog shida.  so, korang kalau nak join sama cepat-cepat klik banner di atas.  Sekarang tau!

Segmen berlangsung sehari saja, bermula hari ini 31/5/2016 (10:00 pagi) dan tamat pada 1/6/2016 (9:59 pagi).


Terima kasih atas sokongan korang semua untuk entri SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM.


Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan

Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lewat sedikit update blog hari ini, kerana memberi laluan kepada tugasan lain yang lebih mendesak. Hanya sedikit perkongsian untuk hari ini iaitu apa yang bakal terjadi bila Iman kita berkurangan. Pastinya kita tidak mahukan sesuatu yang buruk menimpa nasib diri kita dan keluarga kita.  Justeru Iman itu harus sentiasa dipelihara agar sentiasa bertambah.

Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan


Iman itu bisa bertambah dan bisa berkurang.  Ketika kita (banyak) mengingat Allah, kita menjadi takut kepada-Nya, (kita laksanakan perintah-Nya dan kita tinggalkan larangan-Nya) maka pada saat itulah iman kita bertambah.  Dan apabila kita lalai dari mengingat Allah, kita lupa akan (surga dan neraka)-Nya, kita sia-siakan (perintah dan larangan)-Nya, maka pada saat itulah iman kita berkurang.('Umair bin Khumasyah)


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri  Apa Bakal Terjadi Bila Iman Berkurangan.

Carian