Pengikut Setia

28 April 2016

Gabenor baharu Bank Negara: Datuk Muhammad Ibrahim

Gabenor baharu Bank Negara: Datuk Muhammad Ibrahim


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KUALA LUMPUR, Rabu – Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim, 56, dipilih sebagai Gabenor baharu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada akhir April.

Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.


Gabenor Baharu Bank Negara
Gabenor Baharu Bank Negara

Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.

Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.

Sumber: IsmaWeb


Semoga kecemerlangan Bank Negara Malaysia akan diteruskan di bawah kepimpinan Gabenor baharu Bank Negara:  Datuk Muhammad Ibrahim

5 jenis ubat untuk hati

5 jenis ubat untuk hati


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ubat untuk kesihatan zahir tidak sama dengan ubat untuk kesihatan batin.  Walaupun kesannya sama untuk kesembuhan tetapi kaedahnya berlainan.


Ubat untuk Zahir

Ubat untuk hati

Contoh ubat untuk hati

Obat hati ada lima : 
(1) Membaca al-Qur'an dengan disertai tadabbur (merenungkan maknanya),
(2) mengosongkan perut (berpuasa),
(3) shalat malam,
(4) Berdoa dan memohon ampunan di penghujung malam dan
(5) bermajelis bersama orang-orang shalih.  
(Ibrahim al-Khawwash)


Terima kasih sudi singgah baca dan komen entri 5 jenis ubat hati

27 April 2016

Sumber Trafik Hari ini #3

Sumber Trafik Hari ini #3



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti yang ditulis dalam blog semalam, walaupun tidak dijanjikan berikut adalah entri mengenai sumber trafik ke blog YB untuk hari ini.  Agak lewat jugak update sumber trafik sebabnya nak tunggu kalau ada sumber trafik baru yang singgah.  Dan ... memang ada.

Berikut adalah sumber trafik berkenaan.

Sumber Trafik hari ini #3

Sumber trafik dari rakan blogger:

  1. kakciknurseroja.blogspot.my
  2. denaihati.com
  3. jmbelog.blogspot.my
  4. kakitravelkhairuddin.blogspot.my

Terima kasih semua atas trafik yang diberikan.


Carian