PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016
Sudah agak lama YB tidak menulis panjang dalam entri segmen atau giveaway. Kali ini rasanya seperti hendak menulis panjang lebar, tengok pula idea datang atau tidak masa menulis. Jangan-jangan nanti tulis panjang lebar tiada pula orang yang membacanya.
Tidak mengapalah. Tulisan ini sekadar pengenalan untuk entri penyertaan bagi PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016. Sebagai sokongan kepada rakan blogger yang merupakan seorang peminat kucing.
![]() |
| PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016 |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen ini sila klik pada banner kucing yang comel di atas.
Sebagai maklumat tambahan YB sekadar ingin berkongsi dengan pembaca semua, penganjur akan memilih 15 blog untuk ditempatkan di blogslistnya. Siapa yang bernasib baik itu kita tidak tahu kan. Dan pastinya sebagai peserta YB juga mengharapkan blog yang baik akan terpilih antara 15 blog yang bertuah.
Selamat bersegmen kepada semua.
Jom berikan sokongan kepada rakan blogger Tengkubutang.
Segmen tamat pada 15 April 2016.
Segmen tamat pada 15 April 2016.


