Pengikut Setia

24 Februari 2016

Wordless Wednesday | Belalang Pelesit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday |  Belalang Pelesit


Pelesit


Terima kasih sudi baca entri Wordless Wednesday |  Belalang Pelesit

Segmen Blogwalking | Cik Nurul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking | Cik Nurul


Tujuan utama YB join segmen adalah pastinya sebagai peserta.  Hehehe.  Bila jadi peserta secara tidak langsung blog YB akan tersenarai sebagai peserta dalam blog penganjur dan boleh dapat trafik percuma!!

Kali ini YB join Segmen blogwalking yang dianjurkan oleh rakan blogger Cik Nurul.

Untuk pengetahun semua Cik Nurul jemput semua join segmen ni. Untuk menyertai segmen ini, apa yang perlu dilakukan adalah pertama sekali .... sila klik banner di bawah.


Segmen blogwalking Cik Nurul

Segmen Blogwalking ini berlangsung sehingga 29 Februari 2016.

Pemenang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Blog Best Official Nurul untuk Bulan March.

Setidak-tidaknya boleh mengenali rakan blogger yang menyertai segmen ini dan boleh mengenali rakan blogger yang belum dikenali.  Itupun kalau sempat blogwalking ke semua blog rakan blogger yang menyertai segmen ini.

Jom kita serta segmen ini dan berikan sokongan kepada rakan blogger Cik Nurul.

Sekian.

Terima kasih sudi baca entri Segmen Blogwalking | Cik Nurul

Bukan larangan agama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bukan larangan agama


Jarang sekali dapat membaca petikan apatah lagi hasil karya agung Pak HAMKA atau Buya HAMKA.

Berikut adalah antara petikan hebat Pak HAMKA



Agama bukan melarang kita membahas dan menyelidiki soal-soal agama, Ushul dan Furu', Ijtihadiyah dan Khilafiyah.  Agama bukan melarang itu, bahkan menganjurkannya. Sebab kita disuruh berfikir, berfaham dan mempergunakan akal.  Tetapi yang dilarang ialah memaksakan pendapat sendiri kepada orang lain, atau dengan paksa mempertahankan pendirian sendiri dan memandang musuh atau lawan terhadap orang lain yang tidak sefaham.  Dan lebih celaka lagi kalau perselisihan faham dalam soal-soal yang demikian sudah dijadikan latar belakang politik, untuk mempertahankan kedudukan golongan.  Apatah lagi kalau sudah kafir mengkafirkan.  (Buya HAMKA).

Agak berat juga, tetapi itulah yang sedang kita alami dalam sedar atau tidak.  Semoga kita bertemu jalan yang mudah dalam kesukaran dan kegelapan.

Sekian.

Terima kasih baca entri Bukan larangan agama

Carian