Pengikut Setia

01 Februari 2016

Berjaya juga habiskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berjaya juga habiskan


Memang tidak percaya.  Tetapi kena percaya sebab ubat ini mesti dihabiskan.  Jika tidak dihabiskan akan mendatangkan kesan sampingan dan boleh memudaratkan.  Hmmm... memang susah nak percaya tetapi itulah... seperti yang telah dinasihatkan oleh Doktor.

Hari ini, YangBaik telah berjaya habiskan ubat antibiotik yang telah diberikan oleh Doktor gigi tempoh hari.  

Habis juga

Kurang jelas.  Tak mengapa.  Boleh tengok entri lepas... carilah.  

Lepas ini... boleh pergi semula ke klinik gigi dan buat temujanji dengan doktor untuk cabut gigi. Harus pergi segera agar tidak perlu lagi menderita tahan sakit.  Sampai bila harus menahan sakit sekiranya kesakitan itu boleh ditamatkan.

Terima kasih atas khidmat nasihat yang telah diberikan dan terima kasih kerana sudi juga menjengok entri Berjaya juga habiskan.




Tersenarai dalam Most VVIP Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tersenarai dalam Most VVIP Blogger


Begitulah adat dalam bersahabat dan berblogging.  Penghargaan yang diberikan oleh rakan blogger pastinya yang amat bermakna.  Namun tidak semestinya kita bersahabat untuk mendapat penghargaan tetapi kerana kita hendak bersahabat.

Secara jujurnya, YangBaik tidaklah mengharapkan sangat untuk terpilih, termasuk dalam senarai peserta sahaja sudah cukup mengharukan.  Namun apabila terpilih sebagai salah seorang daripada pemenang ianya merupakan satu bonus dan pastinya sesuatu yang amat mengembirakan.  Terasa ingin melompat setinggi langit... hehehe tapi tak mampu pulak.


VVIP Blogger
VVIP Blogger

Entri penyertaan di SINI.  

Di SINI pula adalah entri pengumuman pemilihan pemenang.  

Terima kasih kepada anda semua yang mendoakan dan juga kepada penganjur Segmen  JOM Tambah Kawan BLOGGER !!!, Munirah Mustafar.


Akhir kata, terima kasih kepada anda semua yang membaca dan meninggalkan komen di entri Tersenarai dalam Most VVIP Blogger.


Segmen Bloglist Beeha 1.0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglist Beeha 1.0


YB join segmen bloglist Beeha pula.  Rakan blogger yang baru dikenali melalui blogger Mialiana.com.  Kiranya ini adalah segmen pertama YangBaik join untuk bulan Februari.  Entri sebelum ini adalah Giveaway.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

YangBaik tag Maria dan TheKehalusan

Dan, kepada semua rakan blogger yang lain anda juga dijemput untuk menyertai segmen ini.  Jom kita sokong rakan blogger.

Segmen akan tamat pada 07.02.2016.


Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri Segmen Bloglist Beeha 1.0


^-^

Carian