Pengikut Setia

01 Februari 2016

MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join 
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).  
  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda -  [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

Kemenangan giveaway pertama tahun 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kemenangan giveaway pertama tahun 2016


Hari ini, teruja dan gembira.  Teruja kerana pada tahun 2016, ini merupakan kemenangan pertama bagi penyertaan dalam giveaway oleh rakan blogger.  Kiranya ini adalah rezeki pertama di bulan Februari 2016.  Seperti biasa juga penyertaan di dalam giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger tidak semata-mata mengharapkan kemenangan tetapi yang penting adalah persahabatan.  Di samping itu dalam melalui entri giveaway jugalah kita dapat mengenali lebih ramai rakan blogger dengan niche yang berbeza.

Penyertaan YB dalam  HOODPATH Travel Blog Giveaway 1.0 boleh lihat di SINI.

Pemenang GA Hoodpath
Pemenang GA Hoodpath

Biarpun sekadar memang hadiah saguhati, ianya cukup bermakna kepada YB.  Terima kasih kepada rakan blogger yang menyokong dan mendoakan kemenangan YB. Wah.... macam menang besar. Tetapi itulah hakikatnya, besar atau kecil bukanlah ukuran tetapi yang penting persahabatan.  Biarpun sekadar di alam maya.

Entri pemakluman kemenangan oleh HOODPATH di SINI.

Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah entri Kemenangan giveaway pertama tahun 2016.

30 Januari 2016

Jangan sampai tertipu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan sampai tertipu


Bergembira tidak salah tetapi jangan sampai tertipu.  Tertipu dengan diri sendiri.  Mungkin juga kita pernah mendengar di mana-mana suatu masa dahulu ketika kita masih kanak-kanak, orang tua selalu berpesan jangan seronok sangat nanti menangis.  Tetapi masa kita kecil tidaklah kita faham sangat apa maksudnya, yang pasti kita patuh dan akur untuk tidak terlalu gembira ... untuk seketika. Akhirnya bila kita kembali gembira, 'orang tua' tadi sudah tidak menegur lagi... kesannya kita semakin bergembira sehingga sesuatu yang tidak diduga menimpa kita.

Pada masa itu kita akan mendapat 'buah keras'.  Kerana degil tidak mendengar teguran dan nasihat orang yang lebih berusia dari kita.

Zaman kanak-kanak kini tidak jauh bezanya dengan zaman kanak-kanak kita masa dahulu.  Apa yang berbeza adalah kita yang dewasa kini menjadi sakit.

Selingan

Banyak orang gembira yang tertipu. Dia makan, minum dan tertawa, padahal telah jelas di dalam kitab Allah bahwa dia adalah bahan bakar neraka (Bilal bin Sa'ad)



Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca entri Jangan sampai tertipu.

Carian