Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Cerita Petang Jumaat
Petang-petang begini menghadap komputer lama-lama mahu juga komputer yang taip sendiri. Paling tidak tengok komputer tembus sampai dinding belakang. Oleh kerana masa rehat tengahari tadi yang agak panjang, masa makan pun panjang. Boleh sembang panjang-panjang tetapi mata tidak mampu dilelapkan kerana memikirkan kain dalam bakul yang belum dilipat. Banyak juga yang bermain difikiran.
Bukan tidak mahu sambung kerja semula tetapi mata ini terasa seakan semakin layu dan ayu saja. Tersengguk-sengguk sendirian depan komputer. Zaman sekarang semua maklumat kerja tersimpan rapi di dalam komputer.
Sebelum YangBaik berbicara lebih panjang dan menambah lagi rasa mengantuk, dikongsikan di sini beberapa bait bicara sebagai peringatan buat diri.
|
Doa |
|
Tasbih dan Zikir |
Semoga bermanfaat buat semua.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini,
Cerita Petang Jumaat