Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung
Ramai di antara kita terutamanya kaum wanita mengetahui kelebihan minum air Kacip Fatimah. YangBaik sebenarnya terpengaruh juga dengan situasi semasa. Maklumlah sekarang ni dah buat lebih dari 2 kerja, kesihatan dan tenaga perlu dijaga. Bagi kita yang telah berusia, tenaga untuk bekerja sudah tidak segagah dulu. Sesekali diserang juga rasa letih dan lenguh sana sini.
Teringat juga ketika zaman muda dulu, bila minum air kacip fatimah tidak kiralah kopi 3 in 1 atau dalam tin, waktu malam terasa cergas dan mampu menyiapkan kerja-kerja rumah. Kadang-kadang ditambah pula dengan kerja pejabat yang dibawa balik ke rumah. Walaupun berjaga malam dan tidur lewat, boleh saja bangun awal pagi dan terasa segar.
Kacip Fatimah OK |
Sekarang, mungkin disebabkan faktor usia minum air kacip fatimah ini sekadar untuk kesegaran semasa saja. Atau untuk menghilangkan dahaga ketika di pejabat. Bila balik rumah dan buat kerja rumah ... tetaplah juga badan terasa letih.
Cuma sekarang ni harganya dan naik selari dengan GST kot. Kalau tahun lepas RM5 boleh lagi dapat dua tin, sekarang dah tak lepas kena tambah lagi.
Walau apapun kelebihan minum air kacip fatimah tidaklah diragui kerana sedikit sebanyak dapat memberikan tenaga untuk kerja seharian.
Sekianlah dulu pengalaman YangBaik bersama Kacip Fatimah Orang Kampung.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung.