Pengikut Setia

21 Januari 2016

Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung


Ramai di antara kita terutamanya kaum wanita mengetahui kelebihan minum air Kacip Fatimah. YangBaik sebenarnya terpengaruh juga dengan situasi semasa. Maklumlah sekarang ni dah buat lebih dari 2 kerja, kesihatan dan tenaga perlu dijaga. Bagi kita yang telah berusia, tenaga untuk bekerja sudah tidak segagah dulu. Sesekali diserang juga rasa letih dan lenguh sana sini.

Teringat juga ketika zaman muda dulu, bila minum air kacip fatimah tidak kiralah kopi 3 in 1 atau dalam tin, waktu malam terasa cergas dan mampu menyiapkan kerja-kerja rumah. Kadang-kadang ditambah pula dengan kerja pejabat yang dibawa balik ke rumah. Walaupun berjaga malam dan tidur lewat, boleh saja bangun awal pagi dan terasa segar.

Kacip Fatimah OK
Kacip Fatimah OK 

Sekarang, mungkin disebabkan faktor usia minum air kacip fatimah ini sekadar untuk kesegaran semasa saja. Atau untuk menghilangkan dahaga ketika di pejabat. Bila balik rumah dan buat kerja rumah ... tetaplah juga badan terasa letih.

Cuma sekarang ni harganya dan naik selari dengan GST kot. Kalau tahun lepas RM5 boleh lagi dapat dua tin, sekarang dah tak lepas kena tambah lagi.

Walau apapun kelebihan minum air kacip fatimah tidaklah diragui kerana sedikit sebanyak dapat memberikan tenaga untuk kerja seharian.

Sekianlah dulu pengalaman YangBaik bersama Kacip Fatimah Orang Kampung.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung.


FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA



Syarat :-

1. Follow blog misszyarosesladyana (wajib)
2. Add to circle google + follower (wajib)
3. Follow instagram misszyaroseslady_yana274 (wajib untuk yg ada ig)
4. Mesti like page Hello Kitty Lover (wajib)
5. Follow twitter @nlyana_ishak (kalau tak da di maafkan)
6. Buat satu entry bertajuk "FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA".
7. Copy semua code dan paste di ruangan HTML entry uols.
8. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen Misszyaroses


P/s: Tolong jangan unfollow even dah habis GA nie



Terima kasih kerana membaca entri ini,  FIRST MINI GIVEAWAY BY ZYA & YANA



Kerana mulut badan binasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerana mulut badan binasa


Seperti biasa sesiapa pun pernah dengar atau baca peribahasa "Kerana mulut badan binasa". Mungkin tidak sukar untuk menjelaskan maksudnya kepada orang dewasa kerana mereka lebih mudah memahami maksud tersurat dan tersirat.  Walaupun ada juga yang berpura-pura tidak faham.

Namun tidaklah mudah untuk menjelaskan maksudnya kepada anak-anak yang berusia sekitar 4 atau 5 tahun. Kerana apabila bertanya, anak-anak itu pastinya mahukan jawapan yang ringkas dan padat. Kefahaman kita orang dewasa tidak sama dengan kanak-kanak.  Tersalah menjelaskan akan memberi makna yang salah kepada kefahaman mereka.


Gambar hiasan dari Facebook

Lalu bagaimana hendak dijelaskan maksud "kerana mulut badan binasa" ini.  Jawapan yang paling ringkas dan mudah adalah setiap orang yang bercakap akan mendapat balasannya.  Jika dipanjangkan lagi maksudnya adalah orang yang yang bercakap tidak elok dan suka bercakap yang bukan keperluannya akan mendapat balasannya.  Sebagai contoh orang yang suka bercakap bohong lama-kelamaan akan diketahui juga, walapun tidak sekarang tetapi bila tiba masanya akan diketahui.

Mungkin jarang sangat orang yang menyedari akan hakikat percakapannya akan mendatangkan kesan kepada badannya.  Kerana lidah itu tidak bertulang dan mudah sangat menuturkan kata-kata.

Perumpaan di atas agak bertepatan juga dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W, berikut:
Perkara yang paling banyak mengantarkan orang masuk ke neraka adalah mulut dan kemaluan.  (HR Tirmidzi)

Semoga kita sentiasa menjaga tutur kata dan memikirkan dengan teliti setiap perkataan yang hendak diucapkan.

Terima kasih kerana membaca Kerana mulut badan binasa.


Carian