Pengikut Setia

10 Oktober 2015

Mengapa Setiap Blogger Patut Update Perkara Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa Setiap Blogger Patut Update Perkara Baik


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, blog ialah laman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Sinonim laman blog.

Setiap dari kita pastinya ada sebab tersendiri yang menyebabkan kita berkecimpung dalam dunia blogging.  Mungkin juga ketika blog dibina ia lebih bersifat peribadi dan tidak mempunyai sebab atau niche khusus.  Namun seiring dengan perubahan dan perkembangan dunia blogging, selaku blogger kita adalah sewajarnya menulis untuk kebaikan semua orang terutama pembaca.  

Saya Blogger
Saya Blogger


Mengapa setiap blogger patut update perkara baik?  


Dalam era teknologi maklumat masa kini sebaran maklumat sekelip mata saja sudah mampu meneroka ke seluruh pelusuk dunia.  Terdapat lambakan 'maklumat' yang seringkali memualkan tetapi menjadi viral kerana sifat sebahagian dari manusia yang gemarkan publisiti murahan.  Sehinggakan perkara yang baik itu seolah sudah relevan dengan dunia semasa.  Sedangkan kebaikan itu adalah untuk semua orang dan patut diamalkan setiap masa.

Lihat saja tajuk-tajuk blog yang sering mendapat perhatian ramai, agak menyakitkan mata dan hati. Namun untuk bersangka baik kita boleh saja anggap itu semua untuk pengetahuan.  Tetapi sampai bila minda kita harus disogokkan dengan isu-isu murahan yang langsung tidak memberi faedah kepada perkembangan minda positif.  

Berhati-hati
Berhati-hati


Sebagai blogger, kita harus mempunyai rasa dan hati untuk bertanggungjawab kepada pembaca blog kita dan juga masyarakat umum.  Bukan sahaja maklumat yang kita tulis itu sebagai rentetan kisah peribadi kita, sebaiknya jadikan apa yang dipaparkan di dada blog itu sebagai maklumat tambahan yang membawa kebaikan kepada masyarakat.  Antara perkara yang boleh kita selitkan adalah kebaikan dan keburukan sesuatu perkara dan tidak memaparkan keburukan itu secara total.

Buruk dan baik tulisan kita pada masa kini turut menyumbang kepada imej dan maruah anak cucu kita masa hadapan.

Selamat berblogging.



09 Oktober 2015

Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik


Hasrat hati nak mengeluarkan info berkala sebagai audit kendiri untuk blog YangBaik berkaitan trafik yang diperolehi melalui Alexa Traffics Ranks.  Melihatkan kepada Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik yang sering menjunam, memberikan satu cara kepada YangBaik untuk memperbaiki kaedah penyampaian dan penulisan di blog.  Usaha itu perlu dilakukan sedikit demi sedikit, biarpun terpaksa melawan masa rehat dan sebagainya.


About Alexa: Founded in 1996, Alexa has a rich history of providing deep analytical insights to benchmark, compare and optimize businesses on the web.


Berikut adalah Alexa Traffic Ranks Blog YangBaik sehingga 9 Oktober 2015.

Alexa Traffic Rank 9 Oktober 2015

Global Rank: 3,106,482, menjunam 2,105,458 berbanding 3 bulan lepas 

Rank in Malaysia:  Tiada data, mungkin juga kerana melepasi rank 500 di Malaysia.

Sentiasa tingkatkan usaha untuk mendapatkan tempat yang terbaik dalam Alexa Traffics Rank.

Sekian.

Giveaway My Birthday Giveaway by Afiqah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Giveaway My Birthday Giveaway by Afiqah


Bulan Oktober ini ramai pula rakan blogger yang menyambut hari lahir.   Kali ini rakan blogger Afiqah meraikan hari lahirnya dengan menganjurkan giveaway.  Apa lagi YangBaik pula ambil kesempatan untuk turut serta dalam giveaway ini sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger.

Join giveaway bukanlah sesuatu yang sukar, cuma terpulang kepada kita selaku blogger bagaimana hendak menggunakan idea tersendiri bila mana 'task' yang diberikan adalah bebas dan terbuka.  Sama ada hendak buat entri yang panjang atau ringkas-seringkasnya, pasti tiada halangan.  Yang penting sokongan dan keikhlasan dalam berblogging.

Jom kita tengok apa pula Afiqah sediakan untuk giveaway ini

Giveaway My Birthday Giveaway by Afiqah
Giveaway My Birthday Giveaway by Afiqah

Syarat Penyertaan:


1. Follow blog:  [FIQA] [ANIES] [IRRAYYAN][MrsYATIE]  [ALONGMISUARI] [SAYIDAH] [SHADHIRA]

2. Follow twitter [KLIK] *jika ada

3. Follow instagram [KLIK]  [KLIK] *jika ada

4. Follow & ADD fb [FIQA] [MOMMY RAYYAN]

5. Like fanpage berikut :  [De Anggun Collection] [Mommy FiQa] [ALONGMISUARI] [SAYIDAH]

6.Masukkan dalam bloglist anda [SHADHIRA]


Ucapan kepada Afiqah:  
Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati kehidupanmu dunia dan akhirat. Berbahagialah hendaknya disamping orang yang tersayang sempena hari yang berbahagia ini.

Klik banner di atas untuk turut serta.  Giveaway ini tamat pada 31 Oktober 2015.

Jom serlahkan sokongan anda kepada rakan blogger kita.


Carian