Pengikut Setia

21 September 2015

Berhati-hati dengan ucapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berhati-hati dengan ucapan


Kita sering kali terluka hati dan perasaan dengan percakapan orang.  Kadang-kadang kita terlupa bahawa percakapan kita juga pernah menyakiti hati dan perasaan orang.  Mungkin kita tidak perasan mengenai percakapan kita kerana kita merasakan bahawa ianya adalah betul.  Betul pada kita tidak semestinya betul pada orang lain.  Kerana kita bercakap mengikut apa yang kita nampak dan atas penilaian mata kasar kita.  Bagaimana pula dengan hal yang sebenarnya?  Kita tidak tahu.  Berhati-hati dengan ucapan.

Dikhuatiri apa yang kita cakap akan menjadi dusta bila kita tahu akan hal yang sebenarnya.  Adalah lebih baik kita berhati-hati dengan ucapan.


Berhati-hati
Berhati-hati bila bercakap


Hati-hatilah kalian dengan perkataan yang dusta, karena perkataan yang dusta akan menuntun pelakunya kepada perbuatan fajir. Dan sesungguhnya perbuatan yang fajir akan menuntun pelakuya kepada api neraka.  (HR Muslim)

Berhati-hatilah walau dalam apa jua keadaan.  Berhati-hati dengan ucapan.

19 September 2015

Layanan kepada jiran tetangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Layanan kepada jiran tetangga


Siapa yang tiada jiran?  Maknanya orang tu tinggal kat hutan.  Tetapi kat hutan pun ada jiran juga kan?  Poyo pulak entri kali ni.

Ni nak kongsi cerita sikit mengenai layanan kepada jiran tetangga.  Sebagaimana kita hendak dilayan oleh jiran kita maka begitulah juga layanan kita kepada jiran tetangga.  Bunyi macam skema tetapi itulah hakikat yang tidak boleh diubah.



Jangan sakiti tetangga
Jangan sakiti tetangga

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia menyakiti tetangganya.  (HR Bukhari)


Selamat berhujung minggu.

18 September 2015

Alexa Traffic Rank blog Yangbaik hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Alexa Traffic Rank blog Yangbaik hari ini


Hari ini, hampir 2 bulan YangBaik tidak memaparkan trafik Alexa Rank blog YangBaik. Bukan kerana merajuk dengan blog atau Alexa tetapi kerana kekangan masa bercampur dengan pertukaran domain dari dotcom kepada dotmy.  Beberapa kekeliruan masih bermain diminda seorang blogger picisan.  Pertukaran secara global yang dilakukan secara automatik oleh pihak blogspot mengakibatkan perubahan mendadak  ke atas trafik Alexa Rank blog percuma.  Keliru dengan perubahan yang berlaku... sedikit demi sedikit perubahan itu cuba diselami sehingga kini masih belum berjumpa penyelesaian yang jelas.  

Pada awal bulan Ogos 2015, Alexa Traffic Rank blog YangBaik agak memuaskan bagi blogger yang tidak berapa mahir IT.  Ranking yang diterima cukup memberansangkan.  

Namun setelah beberapa lama jatuh menjunam ke tahap yang lebih teruk berganda-ganda.  Namun masih bernasib baik kepada PageRank blog ini masih mampu bertahan di tahap ke 2 dari 10.

Berikut adalah kedudukan Alexa Traffic Rank blog YangBaik sehingga 18 September 2015:-

Alexa Traffic Rank
Alexa Traffic Rank

Global Rank:  Global rank icon 1,637,593 440,615

Rank in Malaysia:  No data

Global Rank: 912,516
Rank di Malaysia: No data

Bagaimana nak dapatkan data di atas?  Kepada pemilik blog berasaskan blogspot, semasa browse top site ,  anda perlu masukkan alamat blog asal  iaitu dotcom bukan dotmy.

Selamat menyemak Traffic blog.



Carian