Pengikut Setia

03 September 2015

GIVEAWAY HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana


Bulan Zulhijjah bakal tiba.  Bulan penuh rahmat di mana hanya di dalam bulan berkenaan sahaja umat Islam menunaikan ibadah Haji dan menyembelih korban.  Di dalam bulan Zulhijjah juga umat Islam meraikan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban juga turut dikenali dengan Hari Raya Haji.

Bagi meraikan hari raya berkenaan rakan blogger Yaya Cendana telah menganjurkan Giveaway. Sebagai tanda kesyukuran atas penglibatannya dalam dunia blogging.  Semoga bertambah murah rezeki Yaya.

Jom kita tengok apa yang ditawarkan melalui Giveaway Hari Raya Aidiladha by Yaya Cendana.

HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana
HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana

Giveway ini berlangsung mulai 3 hingga 23 September 2015.

Ucapan Hari Raya Aidiladha buat Yaya:   Selamat Hari Raya Aidiladha.  Semoga hari raya tahun ini membawa rahmat dan kebahagiaan dalam hidup yaya.  Pengorbanan ibu bapa pastinya yang terbaik buat kita sehingga kita dewasa.

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:


Terima kasih kepada Yaya dan sponsor yang sudi anjurkan giveaway ini.


02 September 2015

Carta Tekanan Mengikut Umur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Carta Tekanan Mengikut Umur


Carta Tekanan Mengikut Umur
Carta Tekanan Mengikut Umur

Terima Kasih Rakan Blogger YangBaik Julai - Ogos 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terima Kasih Rakan Blogger YangBaik Julai - Ogos 2015


Kehadiran rakan blogger dalam blog kita merupakan satu perkara yang menarik dan indah.  Kerana dengan kehadiran mereka blog kita akan bertambah meriah.  Blog kita sudah pasti itu lah satu-satunya tempat kita berkarya dengan cara kita yang tersendiri.

Namun dengan adanya rakan blogger tempat kita menumpang idea dan juga melepaskan tekanan. Bukan dengan cara melepaskan geram di blog mereka tetapi apabila membaca entri yang mereka keluarkan ada kepelbagaian, cerita suka dan juga duka.  Cerita-cerita dari rakan blogger yang memainkan peranan kepada kita dalam berhadapan situasi yang kita alami.  Tidak semua saat kita sentiasa bergembira dan tidak semua masa kita berduka.  Ada masa dan ketika tertentu kita memerlukan masa untuk bersendiri memikirkan apa jenis perubahan yang kita perlu lakukan.

Berikut adalah senarai rakan blogger YangBaik sepanjang bulan Julai hingga Ogos 2015.  Kehadiran mereka di senarai blog YangBaik adalah bersempena dengan penyertaan YangBaik dalam contest, segmen atau giveaway yang mereka anjurkan.

Rakan Blogger 7-8
Rakan Blogger 7-8

Kehadiran mereka di blog ini adalah untuk bulan Julai atau Ogos sahaja.  Namun begitu senarai rakan blogger di atas turut diabadikan di dalam senarai blog YangBaik.  Bila ada masa terluang YangBaik akan blogwalking ke blog mereka melalui senarai blog yang telah disediakan.

Terima kasih atas sumbangan trafik ke blog YangBaik.


Carian