Pengikut Setia

01 September 2015

Kebaikan bulan September

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kebaikan bulan September


Seperti bulan-bulan yang lainnya.  Setiap bulan dan hari-hari yang berada di dalamnya penuh dengan kebaikan.  Terpulang kepada kita untuk mengamalkan perkara yang baik-baik.  Pilih sahaja apa jenis kebaikan yang ada di muka bumi ini.... Maka buatlah kebaikan.



Jadilah kamu orang yang baik
Bila ada disukai
Bila tiada dirindui
Bila mati ditangisi
Jangan kami jadi orang yang jahat
Bila ada dibenci
Bila tiada disukai
Bila mati disyukuri
(Saidina Ali R.A)


Semoga kehidupan kita sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi.  


28 Ogos 2015

Rancangan Jahat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rancangan Jahat


Rencana jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.
(QS Faathir: 43)


Gambar hiasan


27 Ogos 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com


Weh, teruja sangat bila rakan blogger Mialiana anjurkan giveaway.  Memang terasa sungguh, lama betul Mialiana tak anjurkan sebarang Giveaway.  Seperti biasalah giveaway yang dianjurkan Mialiana selalunya mudah dan ringkas.  Hanya YangBaik saja suka-suka menyusahkan diri tambah sana sini... hehehe

Meh rakan blogger sekelian, kita lihat apa yang Mialiana tawarkan untuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com yang pastinya diadakan bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan Malaysia.




Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.





Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :

  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.


nak join giveaway ini, sila klik pada banner..



Carian