Pengikut Setia

04 Ogos 2015

Windows10 Microsoft Edge dan Blog YangBaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Windows10 Microsoft Edge dan Blog YangBaik


Setelah beberapa hari blog tidak dapat di update dengan entri bergambar, hari ini berjumpa juga dengan penyelesaiannya.  Walau apa pun YangBaik telah tinggalkan persoalan ini di blog seorang otai blogger.  Kita nantikan jawapannya.

Untuk itu YangBaik nak jelaskan di sini bahawa beberapa hari yang lepas, YangBaik telah upgrade Windows kepada Window10.  Sungguh banyak yang perlu dipelajari mengenai Windows10.  Tetapi bukanlah nak buat tutorial sekarang.  Tunggu sedikit masa yang sesuai bila tahap kefahaman yang mencapai 90% kalau tidakpun 100%.


Paparan Microsoft Edge
Paparan Microsoft Edge

Daripada Windows10, terdapat Microsoft Edge untuk melayari Internet.  Teruja juga dengan ME ni tidak terkira.  Benda baru lah katakan.  Masih dalam peringkat memahami perjalanan dan kemampuan ME.  Bukan senang nak belajar tanpa guru. 

Keterujaan bersama Windows10 dan Microsoft Edge ada masanya menjadi sesuatu yang sukar hendak dibayangkan.  Melalui Microsoft Edge, melayari internet tidak mudah kerana perlukan masa untuk memahaminya. 

Hendak dijadikan cerita, pada awalnya YangBaik tidak dapat update blog melalui kaedah biasa kerana format tidak sama.  Yang dapat dilakukan hanya update blog tanpa gambar dan tanpa link.  Amat sukar rasanya. 

Dan hari ini setelah puas mencari jalan.  Akhirnya terjumpa penyelesaian.  Alhamdulillah.  Dapatlah update blog dengan gambar dan link, apabila petang ini YangBaik berjumpa dengan Internet Explorer (IE).

Kiranya pengalaman pertama bersama Microsoft Edge dan Windows 10 ini agak mendebarkan juga.  Nantikan perjalanan seterusnya.

Sekian.


Top Komentator Blog YangBaik Julai 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Top Komentator Blog YangBaik Julai 2015


Permulaan bulan Ogos yang agak kelam kabut sedikit bagi blog YangBaik. Mungkin sehari dua atau lebih blog ini tidak dapat memuatkan gambar. Blog YangBaik sedang mengenalpasti sebab dan punca. Bukan sahaja gambar tetapi link juga tidak dapat dipaparkan.

Sementara itu lihat dulu senarai Top Komentator di Blog YangBaik sepanjang bulan Julai 2015.

  1. Ms. Kejupenyet (11)
  2. Farah Waheda Wahid (8)
  3. AinAthirah Anuar (7)
  4. Azhafizah Md Nor (7)
  5. Dayana Zahari (6)
  6. Ct Noraishah (6)
  7. Afidah Azmi (5)
  8. adianiez AIDA (4)
  9. MIL HASHIM (4)
  10. Syira Lokman (4)

Buat sementara waktu link untuk senarai di atas masih ada lagi di 'side bar'. Link berkenaan akan dipadamkan setelah urusan memindahkan link ke entri ini selesai.

Terima kasih kepada mereka yang sudi meninggalkan komen di blog suam-suam kuku. Semoga terus setia bersama blog YangBaik. Terima kasih juga kepada semua rakan blogger senyap yang meninggalkan trafik di blog ini.

update:  Link untuk Top Komentator Julai telahpun diletakkan.  Justeru Link di side bar telah dipadam

 

03 Ogos 2015

Tukar latarbelakang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tukar latarbelakang

Disebabkan beberapa punca yang masih belum diketahui.
Hari ini blog YangBaik hanya dapat tukar latarbelakang dan ubahsuai sedikit kedudukan.
Tidak dapat celoteh panjang sebab banyak agenda yang menunggu.

Carian